Roti Susu

Aduhai! Sharifah Shahirah Menangis Sampai Bengkak Mata Aduhai! Sharifah Shahirah Menangis Sampai Bengkak Mata
Pelakon, pelawak dan penyampai radio, Sharifah Shahirah berkongsi satu rakaman video matanya yang bengkak selepas menangis di laman sosial Instagram. Menerusi video yang dikongsikan... Aduhai! Sharifah Shahirah Menangis Sampai Bengkak Mata

Pelakon, pelawak dan penyampai radio, Sharifah Shahirah berkongsi satu rakaman video matanya yang bengkak selepas menangis di laman sosial Instagram.

Menerusi video yang dikongsikan oleh wanita yang mesra dengan panggilan nama Sharifah Shahirah atau Shiera ini, dia mendedahkan mengapa matanya kian membengkak.

“Mata kita bengkak, bukan apa nak kongsi sikit… Nangis tak berhenti sebab kena dera dengan suami.

“Ha, nangis… Ha… Kena tipu. Bukan kena dera tapi tengok cerita Korea, menangis,” kata Shiera dalam video yang dimuat naik di ruangan Instagram TV.

Dalam pada itu, Shiera sempat bertanyakan peminatnya mengenai perkembangan mereka ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung bermula 18 Mac lalu.

“Korang PKP macam mana dengan suami, okay ke? Dengar kata ada yang kena dera, ada yang macam-macam.

“I tengok cerita Korea banyak, jadi kena menangis layan perasaan. Best cerita Korea!

“Mata bengkak kan? Korang tengok Korea tak sampai menangis? Sedih cerita tu, tajuk Secret cerita dah lama dah,” katanya.

“Korang PKP macam mana dengan suami, okay ke? Dengar kata ada yang kena dera, ada yang macam-macam.

“I tengok cerita Korea banyak, jadi kena menangis layan perasaan. Best cerita Korea!

“Mata bengkak kan? Korang tengok Korea tak sampai menangis? Sedih cerita tu, tajuk Secret cerita dah lama dah,” katanya. – gempak.com

Shares