Roti Susu

Setelah menilai tiga nama, akhirnya… Man Raja Lawak dipilih ganti Abam Setelah menilai tiga nama, akhirnya… Man Raja Lawak dipilih ganti Abam
SETELAH diadakan perbincangan bersama pihak produksi, akhirnya pelawak Man Raja Lawak dipilih menggantikan watak Abam dalam teater komedi seram, Korupsi Dewan Semandung. Khir berkata,... Setelah menilai tiga nama, akhirnya… Man Raja Lawak dipilih ganti Abam

SETELAH diadakan perbincangan bersama pihak produksi, akhirnya pelawak Man Raja Lawak dipilih menggantikan watak Abam dalam teater komedi seram, Korupsi Dewan Semandung.

Khir berkata, dia dan penerbit, Ogy Ahmad Daud bersepakat memilih Man kerana kemampuan bakatnya setara dengan Allahyarham Abam.

“Kita semua tahu arwah Abam ada caranya tersendiri, jadi penggantinya juga bukan orang biasa-biasa.”Sebelum memilih pengganti, kita lihat beberapa faktor yang sesuai dengan penonton… kita akui Abam ada keistimewaan sendiri, jadi kita perlu cari seseorang yang setara atau yang boleh mengatasi Abam.

“Setelah adakan perbincangan dan menyenaraikan tiga nama akhirnya kami memilih Man Raja Lawak atau Man Puteh sebagai pengganti watak Abam,” katanya kepada mStar.

“Sebelum memilih pengganti, kita lihat beberapa faktor yang sesuai dengan penonton… kita akui Abam ada keistimewaan sendiri, jadi kita perlu cari seseorang yang setara atau yang boleh mengatasi Abam.

“Setelah adakan perbincangan dan menyenaraikan tiga nama akhirnya kami memilih Man Raja Lawak atau Man Puteh sebagai pengganti watak Abam,” katanya kepada mStar.

“Kita percaya Man akan dapat menggantikan arwah Abam di pentas itu nanti. Man telah melalui evolusi dari awal pembabitan sebagai pelawak sehinggalah terbaharu memenangi Maharaja Lawak Mega 2019, Januari lalu.

“Pembabitannya itu merupakan satu petanda positif dalam industri lawak dan komedi… saya menjangkakan akan ada magik dan sesuatu akan dilakukan nanti.

“Lagi pula, karakter pada Man kena dengan watak itu dan kita cuma ubah sedikit supaya sesuai dengan Man. Yang lain termasuk jalan cerita masih kekal sama!,” ujarnya.

Selain Man, teater ini turut dibintangi oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Tapai dan Sharif Zero.

Teater komedi seram, Korupsi Dewan Semandung itu akan dipentaskan di Istana Budaya pada 28 hingga 29 Februari dan 1 Mac ini.

Pada Isnin, salah seorang pelakonnya iaitu Abam, 32, meninggal dunia selepas dua hari mengalami demam panas. –Mstar

Shares