Roti Susu

Setelah Dicop Kaya Instant Dan Suka Bermewah, Wawa Zainal Tampil Buka Mulut Setelah Dicop Kaya Instant Dan Suka Bermewah, Wawa Zainal Tampil Buka Mulut
Pelakon Wawa Zainal menafikan dia dan suami, Aeril Zafrel mengambil jalan mudah untuk hidup senang dan mewah. Menurut Wawa, mereka melalui pelbagai proses jatuh... Setelah Dicop Kaya Instant Dan Suka Bermewah, Wawa Zainal Tampil Buka Mulut

Pelakon Wawa Zainal menafikan dia dan suami, Aeril Zafrel mengambil jalan mudah untuk hidup senang dan mewah. Menurut Wawa, mereka melalui pelbagai proses jatuh dan bangun dalam perniagaan selama empat tahun sebelum berjaya.

“Susah kan nak kurus? Macam tu juga la dengan kejayaan. Bukan hari ini buat esok dah kaya.“Wawa dan Aeril pun berniaga dah lama. Pernah jual baju, jual tudung, jual contact lens lagi sehingga la adanya Wawa Cosmetik sekarang.

“Sejak 2016, empat tahun bukan sekejap. Pernah jatuh bangun balik. Siapa kata Wawa instant kaya cubit dia! Sekarang pun tak kaya lagi pun .

“Alhamdulillah cukup memadai buat Wawa dan pekerja, syukur,” katanya. Wawa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Sejak semalam, pasangan ini menjadi perhatian selepas Aeril memuat naik foto bersama isteri dan kelihatan kereta mewah jenis Ford Mustang berwarna kuning di belakang mereka.

Rata-rata menegur Aeril supaya tidak terlalu menunjukkan kemewahan bimbang menjadi perhatian pihak berkuasa.Ia selepas beberapa selebriti dipanggil Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siastan kes penggubahan wang haram.

Minggu ni kecoh di media sosial tentang SPRM tahan instafamous dan selebriti yang dikaitkan dengan pengubalan wang haram.Shuib sepahtu juga ada terlibat sekali dalam siasatan pihak SPRM. Disebabkan kes masih dalam siasatan Shuib tidak dapat keluarkan apa apa kenyataan.

Netizen macam biasa akan buat bermacam macam spekulasi dan ianya berpunca sebelum ini Shuib seperti selalu menunjukkan kemewahan seperti kereta dan jam tangan.

Aeril Ditegur Pasal SPRM

Aeril Zafrel pun antara selebriti yang ada menunjukkan kemewahan. Oleh hal yang demikian, pelakon kacak Aeril Zafrel telah dinasihati oleh warganet agar tidak terlalu menayang kekayaan di Instagram bimbang menjadi salah seorang yang dipanggil oleh pihak berkuasa.

Ini susulan daripada muat naik Aeril yang memperlihatkan pejabat urusan Wawa Cosmetics serta kereta mewah milik pasangan selebriti tersebut.

Ada netizen yang tanya tentang SPRM kepada Aeril Zafrel dan ini jawapan dia .. memang kelakar.

Walau bagaimanapun, kebanyakkan netizen mempercayai bahawa pasangan ini menggunakan saluran yang betul dalam perniagaan kosmetik mereka sehingga mampu meraih pendapatan yang besar.

Mereka juga mengakui terinspirasi dengan pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dan mendoakan mereka kekal berbahagia hingga ke Jannah.

Kredit: Gempak

Shares