Roti Susu

Seronok susun2 kerusi, Achey janji kerap bawa anak ke kubur Abam nanti Seronok susun2 kerusi, Achey janji kerap bawa anak ke kubur Abam nanti
Tiada apa lagi yang dapat dizahirkan oleh kedua-dua sahabat Bocey apabila anggota kumpulan mereka Abam pergi menghadap Ilahi. Achey yang menghadapi duka tanpa Fad... Seronok susun2 kerusi, Achey janji kerap bawa anak ke kubur Abam nanti

Tiada apa lagi yang dapat dizahirkan oleh kedua-dua sahabat Bocey apabila anggota kumpulan mereka Abam pergi menghadap Ilahi.

Achey yang menghadapi duka tanpa Fad disisi begitu sebak sehingga tidak putus menitiskan air mata begitu juga sahabatnya itu yang gelisah di bumi Jepun menanti pulang melihat pusara Abam.

Selepas seharian jenazah Abam dikebumikan, Achey telah datang kembali ke pusara Abam bersama anaknya, Tiara Zinnirah.

Telatah comel si cilik itu mengundang sedikit sebak apabila dia bermain di sekitar kubur Abam sambil disapa Achey dengan mengatakan bahawa tempat ini bakal menjadi tempat bermainnya kelak.

Ketika itu, Tiara dilihat bermain dengan kerusi tempat duduk para hadirin yang menziarahi kubur Abam. Semasa hidup, hubungan mereka juga rapat dan kerap juga bertemu membawa anak masing-masing.

Terdahulu, Abam dilaporkan meninggal dunia pada pagi Isnin berpunca daripada demam yang berlarutan. Berita pemergiannya begitu menggemparkan industri seni sehingga ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir buat pelawak tersebut.

Abma telah meninggalkan seorang isteri dan seorang anak yang baru berusia lima bulan. Semoga roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

..

tiara jaga kubur ayah

Posted by Video Viral on Selasa, 11 Februari 2020

..

tiara suka main kat sini..

Posted by Video Viral on Selasa, 11 Februari 2020

Sumber : Achey Bocey

Shares