Roti Susu

Separuh jiwanya pergi, isteri Abam tetap tabah dukung anak ukir senyuman Separuh jiwanya pergi, isteri Abam tetap tabah dukung anak ukir senyuman
Sejak hari pertama pemergian Syed Umar Mokhtar atau Abam pada Isnin lalu, kelibat isterinya seakan tidak kelihatan. Menghormati kesedihan yang dialami, pihak media juga... Separuh jiwanya pergi, isteri Abam tetap tabah dukung anak ukir senyuman

Sejak hari pertama pemergian Syed Umar Mokhtar atau Abam pada Isnin lalu, kelibat isterinya seakan tidak kelihatan. Menghormati kesedihan yang dialami, pihak media juga dilihat tidak menemu ramah isterinya yang dalam keadaaan duka.

Isterinya, Siti Nurhidayah Mohd Ali, adalah insan pertama menyedari bahawa Abam Bocey telah pergi menghadap Illahi. Ketika itu dia telah mengejutkan Abam untuk menunaikan solat Subuh namun suaminya hanya diam tak berganjak.

Shaabat handai & keluarga masih ziarah pusara Abam
Sejak dua hari pemergian Abam, tiada langsung gambar isterinya terlihat di kubur dan juga temu bual bersama media. Hal-hal berkaitan ulasan pemergian Abam lebih banyak diceritakan oleh ibu, adik serta sahabat handai.

Namun, menerusi muat naik daripada Shahrol Shiro, dapat dilihat wajah isteri Abam yang seakan tenang dan redha dengan ketentuan.

Dukung anak yang belum tahu apa2
Sambil mendukung anaknya Syed Uthman Hamzah, Hidayah terlihat sangat tabah dan masih mampu tersenyum disamping sahabat-sahabat serta ahli keluarga suaminya.

Masih boleh tersenyum
Isteri mana tidak berduka atas pemergian suami tercinta. Sudah tentu ia menjadi satu kenangan paling pahit untuk ditelan oleh Hidayah.

Walau bagaimanapun, dengan sokongan orang sekeliling serta anak yang masih memerlukan perhatian, Hidayah boleh disifatkan sebagai insan hebat kerana kehilangan suami ketika anak mereka baru berusia 5 bulan.

Kuatnya hati seorang isteri
Sehubungan dengan perkongsian daripada Shahrol itu, rata-rata warganet telah mendoakan agar wanita itu terus cekal menempuh hari mendatang selepas ketiadaan Abam.

Mereka juga berdoa agar roh pelawak terkenal itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan ahli keluarganya redha dengan perginya insan mulia ini.

Sumber – Oh My Media

Shares