Roti Susu

‘Seorang Dikuarantin, Seorang Kena Sekat’ – Majlis Kahwin Dua Beradik Terbantut ‘Seorang Dikuarantin, Seorang Kena Sekat’ – Majlis Kahwin Dua Beradik Terbantut
Semalam, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Orang ramai diminta agar menangguhkan... ‘Seorang Dikuarantin, Seorang Kena Sekat’ – Majlis Kahwin Dua Beradik Terbantut

Semalam, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Orang ramai diminta agar menangguhkan semua aktiviti yang melibatkan orang ramai termasuk Solat Jumaat dan majlis perkahwinan.

Di Facebook, seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila dia terpaksa dikuarantin selepas disahkan pernah berhubung rapat dengan pesakit Covid19. Lebih menyedihkan, adik lelaki yang juga sepatutnya bersanding bersamanya tidak dapat pulang dari Qatar selepas semua penerbangan dihentikan.

Menurutnya, dia kini menunggu keputusan ujian darah selama 14 hari. Majlis resepsi mereka sepatutnya berlangsung pada minggu hadapan namun terpaksa diganti dengan majlis nikah. Namun adiknya juga tidak dapat balik bersanding memandangkan akur pada arahan pemerintah.

Doakan agar result negatif

 

Bayangkan tatkala orang lain teruja menunggu hari bahagia, pasangan adik beradik ini terpaksa menghadapi dugaan akibat krisis melanda dunia. Sama-sama kita doakan agar pasangan ini dipermudahkan urusan.-Sumber

Shares