Roti Susu

Selagi Tak Disebut Nama, Selagi Tu Netizen Buat Andaian & Fitnah Aku! Selagi Tak Disebut Nama, Selagi Tu Netizen Buat Andaian & Fitnah Aku!
Pelakon dan pengacara Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa apabila dirinya menjadi antara selebriti yang dikatakan bakal dipanggil SPRM. Zulin menerusi laman sosial Instagram (IG)nya... Selagi Tak Disebut Nama, Selagi Tu Netizen Buat Andaian & Fitnah Aku!

Pelakon dan pengacara Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa apabila dirinya menjadi antara selebriti yang dikatakan bakal dipanggil SPRM.

Zulin menerusi laman sosial Instagram (IG)nya kesal apabila namanya sering dikaitkan dengan isu Macau Scam dan aktiviti penggubahan wang haram.

“Apalah salah dosa aku? Korang fitnah aku bertubi-tubi, cakap memalukanlah apalah…Selagi tak disebut nama, selagi tu netizen buat andaian dan fitnah aku.

“Di sini saya jelaskan,s aya tidak pernah dipanggil untuk bantu siasatan oleh @sprm.community. Saya tidak ada kena mengena dengan sindiket itu malah tidak pernah menjalankan perniagaan dengan mereka,” tulisnya bengang.

Menerusi ruangan kapsyen tersebut juga, Zulin turut menjelaskan mengenai perniagaan yang dijalankan olehnya bersama sebuah syarikat.

“Dmagia, bisnes yang saya usahakan ini adalah kerjasama saya dengan syarikat Sireh Emas, boleh google kalau tak tahu.

“Saya tidak pernah dipanggil, terlibat dan ada kena mengena. Susulan dari kes ini, gambar saya disebarkan netizen hanya kerana saya mengenali mereka.

“Anda juga pernah ada kenalan. Kalau @emeliehanif_ ke @ayranasir_official ke kena tangkap, logiklah saya dipanggil SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia),” katanya.

Bagaimanapun kata Zulin sekiranya dipanggil SPRM dan diminta memberi keterangan, dia sedia untuk memberi kerjasama.

“Kalau saya diminta untuk bagi keterangan, apa yang saya boleh kongsi, saya pernah pergi majlis hari jadi anaknya, saya pernah bercuti di Itali pakai duit sendiri dan saya pernah masakkan mereka asam pedas ikan pari.

“Saya memang suka berkawan dan melakukan hal yang sama dengan semua. Sesiapa saja yang berkawan dengan saya, saya masak untuk mereka, saya pergi ke majlis yang dijemput dan jika diajak bercuti, sekiranya ada kelapangan, saya pergi.

 

View this post on Instagram

 

Dari dulu lagi selalu jadi mangsa fitnah, cyberbully ,tapi saya tahu saya kuat . Mungkin ini adalah ujian buat saya. Saya cuma manusia biasa yg kadang terkesan dengan tohmahan,cacian dan hinaan netizen terhadap saya dengan fitnah2 seperti ini. . Syukur Alhamdulillah saya dikelilingi org2 yg positive dan sentiasa beri saya semangat termasuklah peminat,netizen yg positive mendoakan saya. . Mulai dari sekarang,saya akan block fake acct,cmmnt2 negative,dan hanya focus pada kerjaya dan mereka yg menyokong saya. . Saya tidak akan ulas lagi kes ini oleh kerana statement dari saya telah pun saya bagi tadi. . Saya tak dapat nak tutup mulut anda,tapi sekiranya anda mengeluarkan statement berbaur fitnah keatas saya dan memberi andaian kepada org lain utk turut sama menfitnah,saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan. . Pada makcik dan pakcik bawang,masa skrg ni adalah masa yg paling tepat simpan duit,bukan bayar duit saman. Jaga tutur kata,jaga adab,jaga penulisan kita. . Saya tegaskan sekali lagi,saya tidak akan beri muka kalini. Kepada yg dah mintak maaf ,dengan hati terbuka,saya memaafkan anda. Semoga dengan memberi kemaafan ini,Allah beri saya ketenangan. . Saya perlu focus dalam kerja. Mereka menuntut 100% commitment dan focus dari saya.Semestinya saya nak melakukan yg terbaik dalam kerjaya saya.Oleh itu,maaf para pembenci, saya tidak ada masa melayan anda. 💪🏽❤️ . #sayahanyacariduithalal

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

“Saya juga menjaga batas pergaulan. Yang paling rapat dengan saya anda boleh tengok sendiri aktiviti harian saya di Instagram,” luahnya.

Bagi Zulin lagi, tidak ada apa yang perlu ditakutkan kerana tiada kesalahan yang dilakukan.“Saya berani kerana benar. Saya mencari rezeki yang halal dengan meniaga, berlakon, buat review, masak.

“Saya tidak pernah menayang kemewahan dan saya menjalani kehidupan serba sederhana. Saya harap dengan apa yang saya tulis ini sedikit sebanyak buat anda berfikir.

“Tidak ada apa lagi yang nak dikatakan, cukuplah karangan ini dari saya buat netizen di luar sana,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro Online melaporkan dua artis terkenal yang terbabit dalam bidang lakonan dan pengacaraan, antara beberapa artis dijangka dipanggil ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan selepas tiada selebriti tampil secara sukarela. – Gempak.com

Shares