Roti Susu

Sekolah Dibuka Semula Pada 24 Jun Untuk Murid Kelas Peperiksaan Awam Sekolah Dibuka Semula Pada 24 Jun Untuk Murid Kelas Peperiksaan Awam
Dr Mohd Radzi berkata, pembukaan semula itu melibatkan 544,000 orang pelajar dari 2,440 buah sekolah. PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan 24 Jun ini... Sekolah Dibuka Semula Pada 24 Jun Untuk Murid Kelas Peperiksaan Awam

Dr Mohd Radzi berkata, pembukaan semula itu melibatkan 544,000 orang pelajar dari 2,440 buah sekolah.

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan 24 Jun ini sebagai tarikh pembukaan skolah melibatkan murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, pembukaan semula itu melibatkan 544,000 orang pelajar dari 2,440 buah sekolah murid kelas peperiksaan awam dan peperiksaan antarabangsa yang setara seluruh negara.

“Untuk makluman semua, setelah mengambil kira pandangan dan nasihat KKM dan MKN, KPM telah menetapkan bahawa tarikh pembukaan semula skolah untuk murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara adalah pada hari Rabu, 24 Jun 2020,” jelas Radzi dalam sidang media di Putrajaya pada Rabu.

Ujarnya, Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengumumkan pembukaan skolah secara berperingkat dari semasa ke semasa.

“Buat masa ini, pembelajaran di rumah akan diteruskan. Memandangkan guru-guru telah kembali ke sekolah, pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dipelbagaikan dengan akses kepada kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah.

“Kami di Kementerian Pendidikan amat berharap agar pembukaan semula sekolah mulai 24 Jun 2020 ini berjalan lancar bagi membolehkan anak-anak dapat meneruskan persekolahan dalam keadaan selamat.

“Apa yang penting kita semua perlu terus patuh kepada arahan dan saranan Kerajaan. Sama-sama kita doakan agar keadaan akan pulih sepenuhnya dan semua murid akan dapat kembali ke skolah,” tambahnya. – Awani

Shares