Roti Susu

Sebak! Terima Sepucuk Surat Dari 3 Sekawan, Isi Kandungannya Buat Achey Terharu Sebak! Terima Sepucuk Surat Dari 3 Sekawan, Isi Kandungannya Buat Achey Terharu
Dikelilingi sahabat yang memahami dan sentiasa memberi sokongan dikala sedang bersedih, Achey Bocey baru-baru ini turut menerima sepucuk surat daripada kanak-kanak. Menerusi isi kandungan... Sebak! Terima Sepucuk Surat Dari 3 Sekawan, Isi Kandungannya Buat Achey Terharu

Dikelilingi sahabat yang memahami dan sentiasa memberi sokongan dikala sedang bersedih, Achey Bocey baru-baru ini turut menerima sepucuk surat daripada kanak-kanak.

Menerusi isi kandungan surat yang diletakannya di dalam peti surat di kediaman Achey, difahamkan kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Azalea, Alisha dan Adam menulis kata-kata semangat buat Achey dan Fad di atas pemergian sahabat mereka, Abam.

“Assalamualaikum abang Achey, kami peminat abang Achey. Abang jangan sedih tau semenjak arwah Abam meninggal dunia. Kita sama-sama doakan arwah Abam agar tenang disana.

“Hanya kenangan yang boleh menggembirakan abang Achey dan abang Fad. Semoga amalan arwah di dunia ini diterima Allah dan semoga arwah Abam ditempatkan dikalangan orang beriman,” baca Achey dengan nada terharu.

Kongsi Achey, dia amat berterima kasih kepada kanak-kanak berkenaan sanggup mengirim surat kepadanya kerana memahami situasinya yang masih dibelengu kesedihan diatas pemergian sahabatnya, Abam pada 10 Februari lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

“Budak-budak pun faham, terima kasih hantar surat hingga pos ke rumah. Cantik tersusun ayat kalian,” kata Achey.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 200,000 tontonan dan ratusan komen. Video : Instagram Achey

Shares