Roti Susu

Sebak… Bunga Citra Lestari dan Noah berpelukan di pusara Ashraf Sinclair sentuh hati netizen! Sebak… Bunga Citra Lestari dan Noah berpelukan di pusara Ashraf Sinclair sentuh hati netizen!
BIARPUN sudah kembali bekerja, penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari sering mengunjungi pusara Allahyarham Ashraf Sinclair. Terbaharu, foto yang dimuat naik oleh ibunya Emmy Muchils... Sebak… Bunga Citra Lestari dan Noah berpelukan di pusara Ashraf Sinclair sentuh hati netizen!

BIARPUN sudah kembali bekerja, penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari sering mengunjungi pusara Allahyarham Ashraf Sinclair.

Terbaharu, foto yang dimuat naik oleh ibunya Emmy Muchils yang memperlihatkan Bunga dan anaknya Noah menziarahi pusara mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.

Foto terakhir pada posting itu mencuri perhatian netizen apabila Bunga melakukan virtual hug bersama Ashraf Sinclair di atas pusara suaminya itu.

Bunga Citra Lestari tidak lupa ziarah pusara suami biarpun sudah mula bekerja.Foto berkenaan menerima lebih 1000 komen dan puluhan ribu tanda suka.

“Lihat slide akhir kenapa mataku berkaca-kaca” tulis pemilik akaun @deidwiwidianadenii.”Ya Allah semoga ditempatkan di sisi Allah, Dinaikkan dalam syurga Allah. Amin,” tulis netizen lain.

Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung. – Mstar

Shares