Roti Susu

Sebak… BCL & Noah Buat ‘Virtual Hug’ Di Pusara Ashraf Sinclair Sebak… BCL & Noah Buat ‘Virtual Hug’ Di Pusara Ashraf Sinclair
Ibu kepada penyanyi terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari, Emmy Muchils berkongsi foto ketika menziarahi pusara Allahyarham Ashraf Sinclair di Instagram (IG) miliknya. Emmy adalah... Sebak… BCL & Noah Buat ‘Virtual Hug’ Di Pusara Ashraf Sinclair

Ibu kepada penyanyi terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari, Emmy Muchils berkongsi foto ketika menziarahi pusara Allahyarham Ashraf Sinclair di Instagram (IG) miliknya.

Emmy adalah antara individu yang setia menemani BCL dan anak lelakinya, Noah mengunjungi pusara arwah menantunya itu.

Foto terakhir yang dimuat naik kira-kira lima hari lalu telah mencuri perhatian netizen kerana kelihatan BCL dan Noah melakukan ‘virtual hug’ bersama Ashraf di atas pusara suaminya itu.

Rata-rata pengikut meluahkan rasa sebak dan sedih selepas melihat foto keluarga kecil itu.”Lihat slide terakhir kenapa mata aku berkaca.”

“Slide terakhir.. Kekal kuat BCL dan Noah.””The last slide.. Family hug. Al-Fatihah.” Ya Allah. Slide terakhir tetiba air mata saya jatuh sendiri… Kak Unge pasti bisa jadi yang terbaik buat Noah.”Slide terakhir peluk kangen Unge ke Ashraf. Al-Fatihah,” antara komen-komen yang ditulis.

 

View this post on Instagram

 

#doa utk Dady#kemakam with nena#

A post shared by emmymuchlis (@emmymuchlis) on

Terdahulu, suami BCL, Ashraf meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) pada 18 Februari.

Allahyarham telah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan anak lelaki bernama Noah berusia 10 tahun.-Sumber

Shares