Roti Susu

Scha Al-Yahya Perjelas Isu Instagram ‘Hilang’ Warganet Mula Risau! Scha Al-Yahya Perjelas Isu Instagram ‘Hilang’ Warganet Mula Risau!
Akaun Instagram milik pelakon dan pengacara terkenal, Scha Alyahya yang ‘hilang’ secara tiba-tiba sejak semalam menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikut dan peminat. Ini... Scha Al-Yahya Perjelas Isu Instagram ‘Hilang’ Warganet Mula Risau!

Akaun Instagram milik pelakon dan pengacara terkenal, Scha Alyahya yang ‘hilang’ secara tiba-tiba sejak semalam menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikut dan peminat.

Ini kerana, akaun bintang berkenaan iaitu @schaalyahya yang memiliki lebih 5 juta pengikut itu sudah tidak boleh diakses hingga ada warganet yang mula meluahkan rasa risau terhadap Scha dan mula bertanya mengenai perkara tersebut kepada suami Scha, Awal Ashaari di media sosial.

Lebih menimbulkan tanda tanya, hantaran terakhir Scha pada petang Khamis dengan kapsyen, ‘I’ve had enough’ secara tak langsung membuatkan ramai peminat risau.

Lalu, ada yang beranggapan ia digodam, malah tidak kurang juga yang menyifatkan isteri kepada pengacara terkenal, Awal Ashaari itu mahu ‘berehat’ dari media sosial.

Scha, 37, berkata, apa yang berlaku adalah kesilapan teknikal ketika hendak membuat ‘link’ ke akaun perniagaan Facebook.

“Saya silap ‘deactivated’ akaun sebab nak ‘link’ kan akaun perniagaan Facebook. Kalau nak dicerita panjang pula. Saya ringkaskan, begitulah situasinya.

“Nak terangkan di akaun Awal dan Lara macam tak kena pula.“Jadi, saya cuba kemaskini semula dan maklumkan apabila sudah berjaya buat semula,” katanya.

Bagaimnapun para peminat turut mendoakan kesihatan Scha yang kini sedang sarat hamil anak kedua. – MH

Shares