Roti Susu

Saya bukan buat jenayah” – Aliff Syukri pertahan tindakan muat naik video balu Abam Saya bukan buat jenayah” – Aliff Syukri pertahan tindakan muat naik video balu Abam
NIAT baik usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri memberi sumbangan kepada balu arwah Abam, Nor Hidayah mengundang bala apabila video tersebut mencetus kontroversi.Menurut Aliff,... Saya bukan buat jenayah” – Aliff Syukri pertahan tindakan muat naik video balu Abam

NIAT baik usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri memberi sumbangan kepada balu arwah Abam, Nor Hidayah mengundang bala apabila video tersebut mencetus kontroversi.Menurut Aliff, kunjungannya itu adalah untuk menyampaikan bantuan dan bukanlah satu kesalahan sehingga diminta bertaubat.

“Aku ni membantu orang, bagi duit datang beradab bukan tak ucap takziah. Kalau nak tahu semua benda saya ada rekod dan tolong jangan kata saya tak ada adab.

“Suruh bertaubat bagai, saya bukan buat jenayah ya! Yang mana kata saya kena minta maaf dan (kata) saya ni jahat tak ada adab, semua tu salah. Saya bukan nak cari masalah!

“Tak sabar nak buat sidang media Isnin ini supaya nama saya tak diburuk-burukkan, tunggu penjelasan saya. Saya pun dah buat laporan polis berhubung isu ini,” katanya menerusi Instastory.

Pada Khamis lalu, menerusi siaran langsung di Facebook milik Aliff Syukri, Nor Hidayah mendedahkan kereta milik arwah suaminya diambil keluarga mentua dan dia tidak dapat harta peninggalan.

Tindakan Aliff menemubual Nor Hidayah mengundang kemarahan Ali sehingga pelawak itu memuat naik status hinaan kepada kakak iparnya.

Yang mana kata saya suka-suka upload video sebenarnya saya dah minta kebenaran, balu arwah pun tahu dan tak ada nak melaga-lagakan sesiapa.

Malah, Ali memberitahu soalan yang ditanya oleh Aliff Syukri kepada Hidayah itu telah menggores hati ibunya. Justeru itu, dia meminta Aliff bertaubat kerana telah memecah belahkan silaturrahim antara ahli keluarga mereka.

Aliff memuat naik video semasa kunjungannya ke kediaman balu arwah Abam.Sementara itu, Aliff berkata segala rakaman dan perkongsiannya sepanjang temubual itu telah mendapat kebenaran keluarga balu arwah Abam.

Malah dia tidak berniat untuk melaga-lagakan keluarga berkenaan.”Yang mana kata saya suka-suka upload video sebenarnya saya dah minta kebenaran, balu arwah pun tahu dan tak ada nak melaga-lagakan sesiapa.

“Saya pun tak tahu cerita dan hanya sekadar nak melawat, sudah tentu benda ini tak dirancang, saya sendiri terkejut.

“Saya tak salahkan A atau B, jangan kata saya suka melaga-lagakan orang, ini semua atas kebenaran isteri arwah dan saya ada bukti dan video tersebut,” katanya. – Mstar

Shares