Roti Susu

Saya Akui 19 ke 25 Tahun Adalah Zaman Gelap Saya di Mana Saya Mula, Shuib! Saya Akui 19 ke 25 Tahun Adalah Zaman Gelap Saya di Mana Saya Mula, Shuib!
Sewaktu awal kemunculannya, beliau dikenali sebagai seorang pelawak yang biasa-biasa sahaja dan tidak lebih dari seorang anak muda kampung yang mahu mencuba nasib menjadi... Saya Akui 19 ke 25 Tahun Adalah Zaman Gelap Saya di Mana Saya Mula, Shuib!

Sewaktu awal kemunculannya, beliau dikenali sebagai seorang pelawak yang biasa-biasa sahaja dan tidak lebih dari seorang anak muda kampung yang mahu mencuba nasib menjadi artis.

Siapa sangka, hari demi hari namanya mula meniti di bibir masyarakat dengan lawaknya yang bersahaja. Namanya meniti puncak populariti, ramai yang tidak tahu ada kisah duka disebalik senyuman pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu.

Shuib mendedahkan kisah eksklusif itu buat pertama kali menerusi program Rumah No 107 yang dihoskan oleh Khir Rahman baru-baru ini.

Dijaga dan membesar dengan kasih sayang neneknya sejak berusia 8 bulan, Shuib mengakui kehilangan wanita kesayangannya itu membuatkan dirinya hilang arah tuju.

” Saya duduk dengan nenek sejak usia 8 bulan selepas ibu dan bapa saya berpisah. Masa itu saya tidak tahu status saya.

” Bila saya dah besar dalam umur enam tahun orang tanya mak tak balik ke? Saya keliru dengan status saya sebab waktu itu nenek saya, saya panggil mak manakala atuk dipanggil ayah.

Bagaimanapun kata Shuib, detik yang paling tidak boleh dilupakan adalah ketika umurnya sekitar tujuh ke lapan tahun apabila nenek tiba-tiba mengejutkannya dari tidur dan memberitahu ibunya datang.

” Ada satu hari, nenek kejut saya bangun pagi dan dia kata mak saya datang. Saya keliru, ini mak (nenek) saya tetapi kenapa dia kata saya ada mak lain?

” Orangnya putih, tak tinggi sangat. Saya pandang atas bawah kemudian mak peluk saya. Saya tidak berkata apa-apa pada pagi itu kerana sedang cuba memahami situasi yang berlaku,” jelasnya.

Zaman gelap Shuib bermula apabila.

Kemudian detik hitam dalam hidup Shuib bermula selepas nenek kesayangannya meninggal dunia.

” Pada usia 19 tahun nenek saya meninggI. Bila dia tiada pada masa itu saya ‘lost’ ” Saya akui 19 ke 25 tahun adalah zaman gelap saya di mana saya mula menjadi anak yang memberontak, degil dan tidak mahu mendengar cakap mak.

” Kecewanya saya sampai tidak mahu berpuasa dan menyambut hari raya. Sebab setiap pagi raya nenek akan mandikan dan bacakan doa.

” Saya tidur dengan dia daripada kecil sampailah umur saya 17 tahun… Dia adalah orang yang paling saya sayang sebelum mak saya,” katanya sebak.

Selain Shuib, Mamat Sepah juga merupakan tetamu undangan untuk program berkenaan.

Selain Khir Rahman, Rumah 107 juga turut dihoskan oleh Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing.

Sumber:  Limaunipis.pw

Shares