Roti Susu

“Satu Hari Aku Akan Menyusul, Selamat Jalan,”- Arwah Abam Tetap Ada Dalam Hati Achey & Fad. Bocey Sentiasa ‘Hidup’! “Satu Hari Aku Akan Menyusul, Selamat Jalan,”- Arwah Abam Tetap Ada Dalam Hati Achey & Fad. Bocey Sentiasa ‘Hidup’!
Hari ini genap seminggu pemergian pelawak popular, Abam Bocey yang masih lagi menjadi sebutan ramai. Rata-rata peminat berkongsi perihal kebaikan dan jasa Allahyarham terhadap... “Satu Hari Aku Akan Menyusul, Selamat Jalan,”- Arwah Abam Tetap Ada Dalam Hati Achey & Fad. Bocey Sentiasa ‘Hidup’!

Hari ini genap seminggu pemergian pelawak popular, Abam Bocey yang masih lagi menjadi sebutan ramai. Rata-rata peminat berkongsi perihal kebaikan dan jasa Allahyarham terhadap keluarga, sahabat, peminat, anak yatim dan individu yang mengenalinya.

Dalam masa sama, Achey yang juga sama-sama menganggotai kumpulan Bocey tidak putus-putus berkongsi kenangan bersama arwah di media sosial.

Terbaru, Achey ada memuat naik gambar bersama arwah saat meraikan ulang tahun kelahiran pada Januari lalu.

“Alhamdulillah, dapat sambut besday arwah aritu di program @amin_idris, tapi kek tu separuh ko bedal bam hahahaha, tak kesah la tuu.

“Aku dan fad akan sayang kau sampai bila2… cuma buat masa sekarang aku kena slow sikit sayang tu… sbb ramai sayang kau sekarang ni.

“Bagi ruang pada mereka.. aku n fad takpe sbb sayang kita tu dah mmg bergabung menjadi satu… #kitabaikramaisayang #yangterindah #sakit #bocey,” tulisnya.

Sementara itu, Fad turut sama memuat naik foto kenangan bersama arwah apabila diumumkan tempat ketiga Maharaja Lawak Mega 2019 pada 10 Januari lalu.

“Kita plan nk berehat setahun dua je, tp rupenye kau nak berahat panjang ye, takpe bam, insyaallah di sana lebih indah buat kau sahabat, terima kasih utk hadiah terakhir.

“Kenangan terakhir di pentas keramat kite,terima kasih utk semua kenangan dan memori, satu hari aku akan menyusul, selamat jalan.. Al Fatihah,” tulisnya.

Terdahulu, pelawak popular Abam atau nama penuhnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi 10 Februari lalu.

Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan. Foto : Instagram Achey, Fad – MH

Shares