Roti Susu

Sarung PPE Harungi Laluan Kayu Usang, Kecekalan Frontliner Ini Undang Sebak! Sarung PPE Harungi Laluan Kayu Usang, Kecekalan Frontliner Ini Undang Sebak!
Buat mereka yang pernah ke Sabah terutama menyusuri kawasan pedalaman pastinya sedar kebanyakan infrastruktur perumahan di sana tidak begitu baik. Ada yang kayunya sudah... Sarung PPE Harungi Laluan Kayu Usang, Kecekalan Frontliner Ini Undang Sebak!

Buat mereka yang pernah ke Sabah terutama menyusuri kawasan pedalaman pastinya sedar kebanyakan infrastruktur perumahan di sana tidak begitu baik.

Ada yang kayunya sudah hampir reput dan tidak kurang juga jambatan yang telah terlalu usang khususnya di perkampungan atas air.

Hakitkatnya, itulah antara cabaran frontliner yang sedang berjuang di Sabah ketika ini. Video memaparkan petugas mengharungi laluan jambatan yang telah ‘uzur’ menjadi viral di media sosial sejak malam tadi.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Hazri.“Sekalung penghargaan dan rasa hormat terhadap frontliner atas pengorbanan dan komitmen.

“Semoga Tuhan merahmati usaha kita semua,” katanya. Rata-rata netizen dilihat tersentuh dengan kecekalan para frontliner yang masih berani biarpun laluan tersebut agak bahaya.

Malah, keadaan frontliner yang menyarung pakaian perlindungan diri (PPE) sedikit sebanyak membuatkan ramai warga Twitter sebak.

“Ya Allah berkati mereka yang telah berjuang,” kata seorang netizen.

“Inilah hero sebenar, unsung hero, salute,” kata seorang lagi netizen.

Untuk rekod, kes COVID-19 di Malaysia semalam mencatatkan 835 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pandemik itu sebanyak 28,640.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak lima kes import manakala selebihnya merupakan penularan dalam tempatan.

Negeri Sabah, kata beliau, menyaksikan perkembangan positif apabila terdapat penurunan kes sebanyak 517 kes (55.8 peratus). – Gempak.com

Shares