Roti Susu

Sambut Hari Lahir, Elfira Loy Janji Baca Satu Muka Surat Al-Quran Sehari Sambut Hari Lahir, Elfira Loy Janji Baca Satu Muka Surat Al-Quran Sehari
Sudah bergelar ibu kepada seorang cahaya mata, pasti Elfira Loy mahukan yang terbaik buat putera kesayangannya itu serta tidak dilupakan mahu menerapkan didikan agama... Sambut Hari Lahir, Elfira Loy Janji Baca Satu Muka Surat Al-Quran Sehari

Sudah bergelar ibu kepada seorang cahaya mata, pasti Elfira Loy mahukan yang terbaik buat putera kesayangannya itu serta tidak dilupakan mahu menerapkan didikan agama agar anaknya itu menjadi anak yang soleh.

Menerusi perkongsian terbaru Elfira di Instagram, pelakon itu meluahkan rasa syukur dengan kehadiran anak sulungnya, Muhammad Rayyan Khalaf dalam hidupnya. Malah, Elfira mahu menjadi contoh yang baik buat anak lelakinya itu.

Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-26, Elfira turut berazam untuk membaca satu muka surat Al-Quran setiap hari bersama anaknya. Malah, Elfira mahukan anaknya menjadikannya sebagai ‘role model.

“Semalam merupakan hari lahir mama, jadi mama berjanji dengan diri sendiri untuk baca satu muka surat Al-Quran setiap hari bersama kamu. Harapnya kamu tak koyakkan Al-Quran,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Rayyan menjadi anak yang soleh dan membesar dengan sihat. Tidak kurang juga, ada yang sempat memuji kecomelan anak Elfira dan suami, Faris Khairol Anuar. – Rotikaya.com

Shares