Roti Susu

Sajat Menangis Sebak, Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka Sajat Menangis Sebak, Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka
Hangat diperkatakan mengenai kontroversinya berpakaian seperti wanita dan lengkap bertelekung ketika menunaikan umrah yang dikecam teruk oleh netizen, akhirnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau... Sajat Menangis Sebak, Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka

Hangat diperkatakan mengenai kontroversinya berpakaian seperti wanita dan lengkap bertelekung ketika menunaikan umrah yang dikecam teruk oleh netizen, akhirnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat tampil memohon maaf secara terbuka.

Menerusi video yang dikongsikan oleh jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, Sajat tampil dengan bertudung hitam dilihat menangis memohon maaf. Sajat berkata niatnya ke Mekah mahu mendekatkan diri dengan agama dan fokus untuk beribadah.

“Saya minta maaf kepada semua jabatan-jabatan, mufti-mufti, ustaz, PU atau sesiapa sahaja alim ulama. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak ada tujuan apa-apa.

“Saya minta maaf bagi pihak mak ayah saya, anak saya rakan-rakan saya, saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak boleh nak cakap apa lagi, lagi saya cakap nanti saya lagi dipersalahkan juga, Saya minta maaf,” katanya.

Sajat juga mengakui dirinya jahil tentang agama dan tujuannya ke Mekah untuk belajar kerana selama ini dia sudah banyak mencari harta dunia dan mahu mencari saham akhirat pula.

“Saya dulu memang kurang agama tentang Islam. Sebab tu bila saya pergi sana saya cuba nak dapatkan. Saya cuma nak belajar, nak dekatkan diri dengan Islam. Saya dah banyak mencari harta duniawi saya tak ada harta akhirat.

“Kadang-kadang bila jadi macam ni, saya terfikir apa yang mereka nak, menghukum saya sampai macam ni,” ujarnya lagi. – Rotikaya.com

Shares