Roti Susu

Sajat kongsi video terkini, bertelekung hitam sambil bersedekah – Saya tenang Sajat kongsi video terkini, bertelekung hitam sambil bersedekah – Saya tenang
MESKIPUN menerima kecaman hebat masyarakat kerana penampilannya bertelekung ketika menunaikan ibadah umrah, usahawan kosmetik, Nur Sajat memberitahu dirinya masih tenang sepanjang berada di Tanah... Sajat kongsi video terkini, bertelekung hitam sambil bersedekah – Saya tenang

MESKIPUN menerima kecaman hebat masyarakat kerana penampilannya bertelekung ketika menunaikan ibadah umrah, usahawan kosmetik, Nur Sajat memberitahu dirinya masih tenang sepanjang berada di Tanah Suci Makkah.

Menerusi laman Instagram miliknya, Sajat berkongsi video pendek dia melakukan amal jariah dengan bersedekah makanan kepada masyarakat sekitar.

Sajat berkata, dia berharap dapat terus berada di tanah suci itu dan melakukan amalan bersedekah setiap hari.”Fisabilillah sadaqah jariah di Kota Makkah, saya tenang disini, kalau boleh nak sentiasa berada di sini.

“Jika banyak lagi masa, hari-hari sajat nak bagi macam ni, Insya-Allah,” katanya. Sajat atau nama sebenar, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman berkongsi rakaman pendek dia bersedekah makanan di laman Instagram miliknya pada pagi Rabu.

Tampil mengenakan jubah dan tudung berwarna hitam, Sajat mengagihkan makanan dan minuman kepada beberapa jemaah di Kota Makkah.

Sementara itu, rata-rata pengikut masih lagi mengecam penampilan Sajat dan meminta usahawan itu mengambil iktibar atas teguran yang telah diberi.

“Elok dah bersedekah tu tapi penampilan tetap haram disisi tuhan, tak rasa bersalah ke makcik-makcik tu himpit dengan kau, sedarlah, cuci hati dan rendahkan ego kembali ke pangkal jalan.

“Tempuhi kebenaran dengan hati yang reda, semoga beroleh hidayah dari Allah SWT. Sedekah tak salah, yang salah menidakkan ciptaan Allah.

“Janganlah menghukum, kita bukan tuhan nak tentukan dosa dan pahala seseorang, hanya tuhan yang maha mengetahui, cukup jaga amalan sendiri,” komen netizen.

Sebelum ini, Sajat menerusi video temubual bersama jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berkata dia menyedari pemakaiannya akan menjadi kritikan netizen.

Ujarnya, isu pakaian itu merupakan urusannya dengan Allah SWT. “Islam itu mudah, tak kejam dan setiap apa yang dicipta ada reason… saya pergi sana dalam keadaan tak fikir benda lain, cuma nak jumpa pencipta dan luahkan perasaan.

“Bagi saya itu antara saya dengan Allah, yang penting nawaitu (niat) benda ni sebab kalau tanya semua orang nak pergi ke sana.

“Saya dekat sana memang dah bersedia, apa sahaja cara berpakaian itu antara saya dengan sang pencipta… nawaitu saya nak tunaikan umrah dengan ibu bapa dan anak-anak,” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Sajat dilihat mengenakan pakaian seperti wanita ketika mengerjakan ibadah tersebut.

Perkara itu ternyata mengundang kemarahan netizen yang rata-rata menyifatkan ia suatu penghinaan yang dibuat terhadap agama Islam. – Mstar

Shares