Roti Susu

Sajat kongsi video menangis, cium Kaabah… Masih berpakaian wanita Sajat kongsi video menangis, cium Kaabah… Masih berpakaian wanita
SEPERTI tidak endah dengan kecaman masyarakat, usahawan kosmetik Nur Sajat tetap berkongsi foto dan video dia sedang mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah... Sajat kongsi video menangis, cium Kaabah… Masih berpakaian wanita

SEPERTI tidak endah dengan kecaman masyarakat, usahawan kosmetik Nur Sajat tetap berkongsi foto dan video dia sedang mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah dengan mengenakan jubah wanita dan bertudung.

Kali ini menerusi video yang dimuat naik di Instastory pada Khamis, Sajat dilihat sedang menangis ketika mencium Kaabah.Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman turut berkongsi beberapa foto dia berpakaian wanita berwarna hitam dan merah jambu.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Sajat memohon keampunan Allah atas segala dosa yang dilakukannya.

“Ampunkan aku Ya Allah. Aku seorang pendosa. Ya Allah… maafkan aku… aku bersujud padaMu Ya Allah,” tulisnya.

Bagaimanapun, Sajat tetap memilih untuk menutup ruang komen kerana bimbang terus menerima kecaman netizen.

Dalam pada itu, difahamkan Sajat sudah kembali ke Malaysia dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira pukul 5 pagi, Khamis.

Salah seorang kenalan yang turut mengikuti rombongan Sajat ke Makkah bagaimanapun enggan membuka mulut mengenainya.

“Buat masa sekarang saya tidak boleh komen apa-apa sama ada dia dah balik atau belum. Beri dia ruang dan sedikit masa lagi… dia akan buat kenyataan dan jumpa media.

“InsyaAllah dalam masa terdekat sekitar minggu depan,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Sajat ada memuat naik status mengatakan dia masih dalam keadaan tenang sepanjang berada di Makkah walaupun menerima kecaman hebat.

Selain itu, Sajat juga ada berkongsi video pendek dia melakukan amal jariah dengan bersedekah makanan kepada masyarakat sekitar.

Isu Sajat dilihat berpakaian seperti wanita ketika mengerjakan ibadah tersebut mengundang kecaman netizen sejak minggu lalu.

Tindakannya itu ternyata mengundang kemarahan netizen yang rata-ratanya menyifatkan ia sesuatu penghinaan yang dibuat terhadap agama Islam. – Mstar

Shares