Roti Susu

Sajat Dedah Ramai Yang Cuba Pisahkannya Dengan Kekasih Sajat Dedah Ramai Yang Cuba Pisahkannya Dengan Kekasih
Meskipun masih hangat lagi diperkatakan mengenai status jantinanya dan isu menunaikan umrah berpakaian wanita, usahawan kosmetik Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman tetap... Sajat Dedah Ramai Yang Cuba Pisahkannya Dengan Kekasih

Meskipun masih hangat lagi diperkatakan mengenai status jantinanya dan isu menunaikan umrah berpakaian wanita, usahawan kosmetik Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman tetap tenang meneruskan kehidupannya seperti biasa.

Malah, Sajat kini sedang menikmati fasa bahagia bersama kekasih barunya yang kacak yang merupakan seorang model dari Lubnan dikenali sebagai Jadooss. Sajat juga terbuka berkongsikan momen bahagianya bersama kekasih di media sosial.

Bagaimanapun, Sajat mendedahkan ramai orang Malaysia yang kurang senang dengan hubungannya bersama kekasih barunya itu dan cuba untuk memisahkan mereka.

Sajat memberitahu ramai yang menghantar mesej peribadi kepada kekasihnya untuk membongkar identiti sebenar dirinya. Namun, Sajat berkata kekasihnya tidak peduli dengan cakap-cakap netizen mengenai dirinya.

Kata Sajat lagi, kekasihnya itu lebih mengenali siapa dirinya malah hubungan mereka juga turut direstui keluarga. Sajat turut mengingatkan kepada netizen supaya tidak perlu membuang masa untuk menghantar mesej pada kekasihnya. – Rotikaya.com

Shares