Roti Susu

Sajat Berpakaian Wanita Di Mekah, Agensi Umrah Dedah Hal Sebenar Sajat Berpakaian Wanita Di Mekah, Agensi Umrah Dedah Hal Sebenar
Sejak semalam kecoh di media sosial mengenai usahawan kosmetik, Nur Sajat yang tampil seperti jemaah wanita yang lengkap bertelekung dan berpurdah ketika menunaikan ibadah... Sajat Berpakaian Wanita Di Mekah, Agensi Umrah Dedah Hal Sebenar

Sejak semalam kecoh di media sosial mengenai usahawan kosmetik, Nur Sajat yang tampil seperti jemaah wanita yang lengkap bertelekung dan berpurdah ketika menunaikan ibadah umrah.

Malah, ramai yang tertanya-tanya bagaimana pula Sajat boleh lepas ke Tanah Suci sebagai jemaah wanita sedangkan kad pengenalannya sebelum ini yang tular jelas tertera nama dan jantinanya seorang lelaki.

Tindakannya itu sekaligus mengundang kemarahan netizen yang seolah mempermainkan serta menghina agama, malah ada yang mempersoalkan serta meninggalkan komen kecaman terhadap agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan umrah Sajat.

Susulan itu, pihak agensi umrah tampil memberikan penjelasan berhubung kontroversi tersebut dimana mereka memberitahu Sajat mengikut panduan pemakaian yang ditetapkan sepanjang proses perlepasan namun menukar identiti sebaik sahaja tiba di Tanah Suci.

Semalam, hangat diperkatakan apabila Sajat memuat naik gambarnya bertelekung di depan Kaabah. Kemudian, tular sekeping gambar di media sosial Sajat bersama dua lagi rakannya ketika di lapangan terbang memakai jubah lelaki sekaligus menjawab pertanyaan netizen. – Rotikaya.com

Shares