Roti Susu

Syatilla Melvin & TMJ Saling Berbalas Perrlian, Safawi Rasid Mula Bersuara Syatilla Melvin & TMJ Saling Berbalas Perrlian, Safawi Rasid Mula Bersuara
Pagi tadi, kita dikejutkan dengan luahan pemilik kelab bolasepak JDT berkenaan prestasi pemainnya yang agak merosot. Walaupun tidak menyebut nama pemain tersebut, rata-rata warganet... Syatilla Melvin & TMJ Saling Berbalas Perrlian, Safawi Rasid Mula Bersuara

Pagi tadi, kita dikejutkan dengan luahan pemilik kelab bolasepak JDT berkenaan prestasi pemainnya yang agak merosot. Walaupun tidak menyebut nama pemain tersebut, rata-rata warganet telah membuat spe3kulasi bahawa luahan itu ditujukan kepada Safawi Rasid.

Teman wanitanya juga turut dikaitkan dalam hal ini berikutan luahan TMJ seakan merujuk kepada mas4alah peribadi pemain tersebut sehingga membuatkan kemerosotan prestasi bermain bola sepak diatas padang

Pelakon Syifa Melvin yang dikaitkan sebagai punca kepada kemer0sotan prestasi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid tampil mempertahankan dirinya.

Jelas pelakon drama #SisCuba ini, tuduhan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadapnya adalah tidak berasas dan dia menafikan dirinya penyebab kepada aksi longlai Safawi dalam tiga aksi kompetatif skuad Harimau Selatan setakat ini.

Kata Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin itu lagi, dia tidak pernah memberi tek4nan kepada pemain kebangsaan yang memiliki kehebatan kaki kiri itu untuk berkahwin hingga menyebabkan Safawi hilang fokus.

“Tak pernah paksa kahwin, tak pernah mintak satu sen duit Safawi!! Demi Allah , Allah Maha Adil,” kata adik kepada Syatilla Melvin itu di laman story Instagramnya.

Bagaimanapun, melalui semakan kali kedua, pelakon berkenaan difahamkan sudah memadamkan entri berkenaan.

Selepas nama Syifa Melvin ‘naik’ di media sosial dan menerima banyak k3ecaman daripada warganet di ruangan komen Instagramnya, kakak kepada pelakon itu yang juga seorang selebriti iaitu Syatilla Melvin telah bersuara di IG story miliknya.

Walaupun tidak ditujukan kepada siapa, namun apa yang ditulis oleh Syatilla seakan merujuk kepada penulisan TMJ

  • TMJ balas kenyataan Tilla

Tidak berapa selepas itu, TMJ turut membalas kembali kenyataan Syatilla tersebut dengan menjawab tuduhan yang dile3mparkan oleh isteri Shaheizy Sam itu.

  • Tak paksa pun Pawi kahwin

Syifa juga turut mengeluarkan kenyataan di Instagram dengan menafikan segala hal yang diperkatakan. Dia juga menafikan sekerasnya dakwaaan dia memaksa Safawi untuk mengahwininya dan sentiasa menyokong kerjaya teman lelakinya itu.

  • Pawi mohon maaf

Namun begitu, Safawi dilihat enggan mengeruhkan lagi keadaan apabila memuat naik gambar serta pemohonan maaf terhadap prestasinya yang agak merundum. Dia juga berjanji akan terus berusaha menjadi lebih baik dan mengekalkan prestasinya.

Terdahulu, kemelut yang melanda ini terjadi apabila pemilik kelab dari Selatan Tanah Air tersebut bersuara di ruangan IG story dengan meluahkan rasa kesal berpunca daripada prestasi menurun pemain paling bernilai itu. Ia juga didakwa ada hubung kait dengan teman wanitanya yang memaksanya untuk berkahwin.

Jadi, TMJ telah menegur dan memberi sedikit nasihat berkaitan hal tersebut kerana perkara itu boleh menjejaskan kariernya sebagai seorang pemain bolasepak profesional. Apa-apa pun di harapkan perkara ini diselesaikan dengan baik. – Sumber

Shares