Roti Susu

Inilah ‘Sabun Ajaib’ Sugu Pavithra Guna Sampai Kuali Dia Berkilat Macam Baru Inilah ‘Sabun Ajaib’ Sugu Pavithra Guna Sampai Kuali Dia Berkilat Macam Baru
Antara benda yang menonjol dalam video pasangan suami isteri Sugu Pavithra ni adalah kuali dan periuk dia yang berkilat walaupun dah digunakan bertahun-tahun. Dalam... Inilah ‘Sabun Ajaib’ Sugu Pavithra Guna Sampai Kuali Dia Berkilat Macam Baru

Antara benda yang menonjol dalam video pasangan suami isteri Sugu Pavithra ni adalah kuali dan periuk dia yang berkilat walaupun dah digunakan bertahun-tahun.

Dalam salah satu videonya, Pavithra ada tunjukkan cara-cara dia bersihkan kuali lepas masak dan sabun apa yang dia gunakan tapi dia tak sebut nama sabun tersebut, so ramai penonton tertanya-tanya, mana nak cari sabun ajaib yang digunakannya tu…

Akhirnya soalan kita terjawab! Salah seorang netizen telah kongsikan yang sabun Pavithra guna untuk basuh kuali, periuk dan sinki dia ni rupanya adalah sabun buku cap buruh warna kuning.

Apa yang bestnya sabun ni harga dia cuma RM4.30 je dan saiz dia panjang, so korang bolehlah potong ikut saiz yang korang suka. Dah lah murah, lambat pulak tu nak habis!

 

Tapi kalau korang susah nak jumpa sabun ni, seorang pengguna Twitter ada juga kongsikan sabun lain yang berkesan untuk sental kuali korang sampai berkilat.

Okay, dah tahu rahsia ni, it’s time to sental kuali!

https://youtu.be/BmVHR4JeVeA

Sumber: Lobakmerah

Shares