Roti Susu

Rupa-Rupanya, 4 Selebriti Wanita Ini Pernah Bergelar Cikgu Rupa-Rupanya, 4 Selebriti Wanita Ini Pernah Bergelar Cikgu
Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh keramat bagi meraikan seorang insan yang bergelar guru atau cikgu. Bergelar seorang pendidik, ia merupakan satu pekerjaan... Rupa-Rupanya, 4 Selebriti Wanita Ini Pernah Bergelar Cikgu

Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh keramat bagi meraikan seorang insan yang bergelar guru atau cikgu.

Bergelar seorang pendidik, ia merupakan satu pekerjaan yang sangat mulia kerana dapat membantu dan membimbing pelajar itu sehingga menjadi seorang insan yang berjaya dan disegani.

Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang disambut 16 Mei, Gempak kongsikan empat orang selebriti wanita yang pernah bergelar pendidik:

Datuk Seri Vida

Sebelum bergelar usahawan selebriti popular, wanita yang mesra dengan nama DSV ini pernah menjadi guru sekolah selama 12 tahun. Mesti anak-anak murid DSV terhibur dengan telatahnya yang kelakar kan?

Adibah Noor

Selebriti berbakat besar ini pernah bertugas sebagai seorang guru sekitar tahun 1993. Adibah juga pernah berkhidmat di Sekolah Menengah Taman Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebagai seorang guru bahasa Inggeris.

Lisa Surihani

Ha, tahukah anda, pelakon jelita Lisa Surihani juga pernah bergelar seorang guru sekitar tahun 2003. Bintang filem Lagenda Budak Setan ini pernah bertugas sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

Puteri Aishah

Masih ingat lagi dengan kisah Cikgu Aishah yang viral sekitar tahun 2015? Inilah orangnya! Pernah menimba ilmu dalam bidang Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL), Aishah pernah menjalani latihan praktikal sebagai guru di sebuah sekolah.

Sumber: Gempak.com

Shares