Roti Susu

Pegawai Polis Rotan 5 Remaja Ingkar PKP Tular, Ini Terjadi Kepada Pegawai Yang Merotan ! Pegawai Polis Rotan 5 Remaja Ingkar PKP Tular, Ini Terjadi Kepada Pegawai Yang Merotan !
Semalam telah tular satu video yang menunjukkan seorang pegawai polis merotan 5 remaja yang dikatakan ingkar menurut Perintah Kawalan Pergerakan. Ini selepas sudah banyak... Pegawai Polis Rotan 5 Remaja Ingkar PKP Tular, Ini Terjadi Kepada Pegawai Yang Merotan !

Semalam telah tular satu video yang menunjukkan seorang pegawai polis merotan 5 remaja yang dikatakan ingkar menurut Perintah Kawalan Pergerakan.

Ini selepas sudah banyak cara dilaksanakan oleh pihak berkuasa namun ramai lagi rakyat gagal mematuhi arahan PKP yang sudah dikeluarkan oleh Kerajaan.

Video tersebut dikatakan dirakam di daerah Kunak memaparkan seorang pegawai Polis merootan 5 remaja menggunakan ranting.

Mengikut sumber yang kami perolehi, 5 remaja tersebut sedang lepak di luar sewaktu pasukan polis tersebut membuat rondaan di daerah berkenaan. Pada mulanya polis telah meminta mereka untuk beredar dari situ namun arahan itu tidak diendahkan oleh mereka (lapor Borneo Today).

Selepas pihak polis membuat rondaan kawasan lain dan kembali semula ke tempat tersebut, didapati remaja tersebut masih lagi duduk melepak di tempat yang sama dan sekali lagi arahan dikeluarkan untuk beredar. Namun kumpulan remaja itu masih lagi deegil.

  • Memang patut kena rotan

Ramai yang memberi reaksi di media sosial mengatakan bahawa kumpulan Remaja tersebut memang patut dirotan untuk memberi pengajaran kepada mereka dan orang ramai.

Ini demi kepentingan bersama untuk semua, orang da suruh duduk di rumah masih lagi degil melepak merata-rata tempat.

  • Pihak Polis sedang siasat pegawai

Mengikut laporan Berita Harian, Polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang pegawainya yang dilihat terlalu aggresif menyebat 5 remaja yang ingkar PKP.

Perkara ini dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass, yang berkata jika dilihat dari sudut penguatkuasaan tindakan pegawai tersebut memang tidak wajar, namun dari segi moral, itu umpama seorang yang lebih tua memberi pengajaran kepada orang muda yang ingkar arahan.

Rotan 5 Remaja Ingkar PKP

Pegawai polis rotak 5 remaja ingkar PKP bakal dikenakan Tindakan ?

Posted by Rentas Asia on Jumaat, 3 April 2020

Jadi pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya melihat kepada pelbagai sudut untuk tindakan selanjutnya pegawai tersebut. [ Sumber ]

Shares