Roti Susu

Remaja 16 Tahun Sanggup Berhenti Sekolah, Jaga Ayah Lumpuh & Sara Persekolahan Adik-adik Remaja 16 Tahun Sanggup Berhenti Sekolah, Jaga Ayah Lumpuh & Sara Persekolahan Adik-adik
Kadang-kadang peluang untuk belajar tidak dimanfaatkan sepenuhnya buat orang yang berpeluang untuk menuntut ilmu. Ada sesetengah individu yang mahu belajar namun tidak berpeluang manakala... Remaja 16 Tahun Sanggup Berhenti Sekolah, Jaga Ayah Lumpuh & Sara Persekolahan Adik-adik

Kadang-kadang peluang untuk belajar tidak dimanfaatkan sepenuhnya buat orang yang berpeluang untuk menuntut ilmu. Ada sesetengah individu yang mahu belajar namun tidak berpeluang manakala yang mampu untuk ke sekolah pula mensia-siakan peluang tersebut.

Seperti kisah yang dilaporkan oleh Sinar Harian, seorang remaja yang berusia 16 tahun yang tinggal di Kampung Kota Jembal, Kelantan terpaksa berhenti sekolah sejak beberapa tahun lalu demi menjaga ayahnya yang lumpuh akibat angin ahmar. Sedihnya bila baca kisah ni.

Alif Iqbal Fauzi bekerja sebagai penjual jagung madu di pasar malam untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga dan juga menanggung persekolahan tiga adiknya yang berada di tadika dan sekolah rendah.

Disebabkan penyakit diabetes yang dihadapi oleh ayahnya, dia juga perlu menyediakan keperluan ubat-ubatan ayahnya yang dianggarkan lebih kurang RM3000 sebulan termasuk lampin pakai buang. Beratnya ujian keluarga ini.

Ibunya, Noor Razira Seman tidak mampu untuk menukar lampin ayahnya seorang diri jadi dia akan pulang ke rumah untuk membantu ibunya selepas menghantar adik-adiknya ke sekolah sebelum keluar semula untuk bekerja.

Walaupun mempunyai minat dalam bidang automotif, dia terpaksa melupakan seketika hasratnya untuk belajar kerana perlu memikul tanggungjawab sebagai anak sulung.

Rata-rata netizen mendoakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan oleh Allah.

Semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki dan melindungi keluarga ini. – Lobakmerah.com

Shares