Roti Susu

Ramai Tersentuh… Lagu Kita Baik Ramai Sayang Untuk Abam Trending Di Youtube ! Ramai Tersentuh… Lagu Kita Baik Ramai Sayang Untuk Abam Trending Di Youtube !
RINDU terlalu mendalam terhadap arwah Abam mendorong pelawak Fad dan Achey daripada kumpulan Bocey menghasilkan lagu terbaharu berjudul Kita Baik Ramai Sayang. Menurut Fad,... Ramai Tersentuh… Lagu Kita Baik Ramai Sayang Untuk Abam Trending Di Youtube !

RINDU terlalu mendalam terhadap arwah Abam mendorong pelawak Fad dan Achey daripada kumpulan Bocey menghasilkan lagu terbaharu berjudul Kita Baik Ramai Sayang.

Menurut Fad, lagu tersebut menceritakan segala perasaan mereka terhadap arwah sehinggakan dia tidak dapat menahan air mata semasa mendengar melodi lagu tersebut.

“Idea menghasilkan lagu ini timbul selepas tiga hari arwah meninggal dunia. Ippo Hafiz yang usulkan pada Achey, melodi dan lirik datang secara tiba-tiba ketika di studio.

“Ditambah pula ketika itu, Ippo melihat keadaan saya dan Achey termasuk orang ramai yang begitu terkesan sejak pemergian arwah.

“Kali pertama dengar melodi, saya menangis. Saya cakap pada Achey, inilah perasaan kita pada arwah,” katanya.

Kita Baik Ramai Sayang merupakan ciptaan Ippo Hafiz dan lirik oleh Ippo Hafiz, Achey dan Fad itu sudah mencecah tontonan lebih 700,000 hanya dalam tempoh 24 jam.

Lagu ini menduduki tempat pertama dalam carta trending di laman YouTube sejak dilancarkan pada Rabu lalu.

Video muzik memaparkan momen dan kenangan manis ketiga sahabat itu sepanjang pembabitan mereka dalam dunia seni.

Sementara itu, Fad berkata sebahagian hasil yang diperoleh daripada lagu itu akan disalurkan kepada anak, balu dan ibu arwah.

Malah, mereka juga mengagihkan pendapatan tersebut kepada Pertubuhan Anak Yatim dan Miskin Baitu Saidi Khadijah, Gombak tempat arwah sering membuat sumbangan.

“Sewaktu proses rakaman lagi, kami sudah niat yang mana hasil lagu ini akan ada bahagian untuk Hamzah, balu dan ibu arwah.

“Tidak ketinggalan pada rumah anak-anak yatim tempat arwah selalu bantu. Bagi kami, ini saja yang kami boleh buat untuk arwah. Mungkin tak banyak, tapi dapat teruskan usaha murni arwah.

“Lagu ini juga bukan untuk tujuan bisnes. Tapi ia untuk arwah supaya kita semua tidak lupa padanya. Dengar lagu ini, orang akan ingat dan boleh mendoakan arwah,” katanya.

Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari lalu di rumahnya akibat demam panas.

Arwah meninggalkan seorang balu, Siti Nurhidayah Mohd Ali dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia sembilan bulan. – Mstar

Shares