Roti Susu

Rakan Terdekat Dedah Kemelut Ali & Balu Abam, Dah Jadi Kes Mahkamah? Rakan Terdekat Dedah Kemelut Ali & Balu Abam, Dah Jadi Kes Mahkamah?
Kemelut isu di antara Ali Puteh dan balu arwah abangnya, Hidayah menjadi tanda tanya ramai netizen. Terdahulu, Ali telah menuduh Aliff Syukri sebagai punca... Rakan Terdekat Dedah Kemelut Ali & Balu Abam, Dah Jadi Kes Mahkamah?

Kemelut isu di antara Ali Puteh dan balu arwah abangnya, Hidayah menjadi tanda tanya ramai netizen. Terdahulu, Ali telah menuduh Aliff Syukri sebagai punca berlakunya pergaduhan di antara keluarganya dan Hidayah. Aliff juga turut dicabar untuk bersemuka dengannya serta keluarga.

  • Hidayah terpaksa Grab, kereta ditarik

Melalui Facebook live, Hidayah telah menjawab soalan Aliff Syukri yang datang melawat di rumah keluarganya. Pendedahan Hidayah mengejutkan ramai pihak di mana menurutnya kereta telah ditarik pihak sana menyebabkan dia terpaksa menaiki Grab untuk bawa anaknya, Hamzah ke klinik kerana demam.

  • Netizen kecam Ali

Meskipun Aliff Syukri selalu dikecam kerana perkara-perkara yang tak senonoh tapi kali ini ramai juga yang berkata jika tidak kerana dia, tidak terdedahlah perkara sebenar yang dilalui Hidayah.

Memang ramai netizen yang kecam Ali sebab mulutnya yang lancang dan biadap lepas dia panggil kakak iparnya itu, ‘binatang‘ di Instagram (posting telah dipadam).

  • Rakan dakwa balu Abam dan anak ditindas

Melalui sebuah video di Youtube, seorang individu yang mengaku rapat dengan ahli keluarga terdekat balu Abam telah membuat pendedahan yang mengejutkan.

Individu itu mendakwa semua yang dikatakan Hidayah adalah benar serta semua harta miliknya telah diambil. Lebih mengejutkan, kata-katanya menandakan seolah-olah isu kemelut ini dah jadi kes mahkamah.

Untuk pengetahuan semua, semua benda yang dikatakan Kak Dayah adalah betul. Mereka berdua tidak dapat apa-apa, harta mereka diambil.” Aku nak explain panjang, benda ini masih dalam kes di mahkamah.”

  • Boleh percaya ke?

Meskipun pendedahan itu sangat mengejutkan, namun beberapa netizen tidak terus mempercayai kata-katanya kerana boleh jadi fitnah. Apatah lagi, individu tu tak guna gambar yang betul di profile. Kata mereka, kenyataan dia ini hanya merumitkan keadaan yang memang dah keruh.

Betul juga kata netizen tu, benda macam ni mengeruhkan keadaan. Biarlah urusan ini diselesaikan antara mereka. Sumber: Lobakmerah.com

Shares