Roti Susu

Rakaman CCTV Kantoikan ‘Aksi’ Tukang Cermin Curi Seluar Dalam Wanita Rakaman CCTV Kantoikan ‘Aksi’ Tukang Cermin Curi Seluar Dalam Wanita
Macam-macam kes pelik yang jadi sekarang ni. Orang sanggup buat apa saja untuk penuhi kemahuan diri sendiri tanpa menghiraukan persepsi daripada orang lain. Bahaya... Rakaman CCTV Kantoikan ‘Aksi’ Tukang Cermin Curi Seluar Dalam Wanita

Macam-macam kes pelik yang jadi sekarang ni. Orang sanggup buat apa saja untuk penuhi kemahuan diri sendiri tanpa menghiraukan persepsi daripada orang lain. Bahaya betul kalau jumpa orang macam ni, kena sentiasa hati-hati weh.

Macam yang berlaku di Bandar Country Homes, Rawang dimana seorang tukang cermin berusia 37 tahun didapati telah mencuri seluar dalam wanita di ampaian sebuah rumah dalam kejadian pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, suspek ditahan di Kota Emerald, Rawang semalam selepas laporan dibuat oleh mangsa yang berusia 30 tahun,lapor Harian Metro

Mangsa memaklumkan bahawa seluar dalam miliknya telah hilang pada jam 10 pagi dan dia beranggap ianya telah dicuri. Amboi, seluar dalam pun nak curi ke. Nak buat apa?

Katanya, beberapa bulan lepas dia turut menyedari seluar dalam miliknya hilang dan dia terus check cctv untuk mendapat kepastian.

Hasilnya, dia mendapati seorang lelaki berkulit cerah yang tak dikenali memakai topi mengambil seluar dalam miliknya. Macam-macam hal lah

Beberapa netizen membuat andaian apa tujuan sebenar lelaki itu melakukan tindakan tersebut.

Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM 600.Arifai berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Hmm, ada juga eh orang jenis macam ni. – Lobakmerah.com

Shares