Roti Susu

Puteri Aishah Positif Covid-19 Selepas Pulang Dari Scotland 31 Mac Lalu ! Puteri Aishah Positif Covid-19 Selepas Pulang Dari Scotland 31 Mac Lalu !
SELEPAS pelakon dan pendakwah PU Riz disahkan positif Covid-19, kali ini aktres Puteri Aishah turut dijangkiti virus bahaya itu. Menurut pengurusnya, Iman Tang, Puteri... Puteri Aishah Positif Covid-19 Selepas Pulang Dari Scotland 31 Mac Lalu !

SELEPAS pelakon dan pendakwah PU Riz disahkan positif Covid-19, kali ini aktres Puteri Aishah turut dijangkiti virus bahaya itu. Menurut pengurusnya, Iman Tang, Puteri Aishah menerima panggilan pengesahan daripada pihak hospital pada petang Selasa.

“Assalamualaikum… Puteri Aishah telah diuji positif Covid-19 beberapa jam lalu. “Dia pulang dari menjalani penggambaran drama di Scotland pada 31 Mac lalu dan telah menjalani kuarantin sendiri.

Perkongsian pengurus Puteri  di Instagram mengejutkan peminat. “Sekarang menunggu pihak hospital mengambilnya di rumah. Tolong doakan supaya dia cepat sembuh. Stay strong Puteri,” katanya kepada mStar.

Difahamkan Puteri  bersama beberapa pelakon lain dan kru penggambaran berangkat ke Scotland pada 15 Mac lalu. Selain Puteri Aishah, pelakon lain yang turut menyertai rombongan itu ialah Ashraf Muslim, Ben Amir, Hasnul Rahmat dan Puteri Rayyana Rayqa.

Puteri Aishah

Sementara itu, menerusi ruangan komen di foto terakhir yang dimuat naik di Instagram  , rata-rata pengikut mendoakan kesihatan pelakon drama Terima Aku Seadanya ini.

Ini termasuklah rakan artis antaranya Lisa Surihani, Sherry Ibrahim dan Adeline Tsen. Dalam perkembangan lain, pengarah drama tersebut iaitu Rahila Ali mengesahkan dirinya termasuk pelakon dan kru produksi disahkan positif Covid-19. – Mstar

Shares