Roti Susu

“Putera Sulung Kami Noah Eusoff,” – Ameer Forteen Selamat Terima Anak Sulung “Putera Sulung Kami Noah Eusoff,” – Ameer Forteen Selamat Terima Anak Sulung
Anggota kumpulan Fourteen, Ameer berkongsi berita gembira apabila selamat menerima kehadiran cahaya mata pertama tanggal 14 Mac lalu. Dia turut mendedahkan nama putera sulung,... “Putera Sulung Kami Noah Eusoff,” – Ameer Forteen Selamat Terima Anak Sulung

Anggota kumpulan Fourteen, Ameer berkongsi berita gembira apabila selamat menerima kehadiran cahaya mata pertama tanggal 14 Mac lalu. Dia turut mendedahkan nama putera sulung, Noah Eusoff di laman Instagram miliknya.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah, MasyaAllah, TabarakAllah, pada tanggal 14 Mac 2020, isteriku @naja_sk selamat melahirkan Putera Sulung kami Noah Eusoff @ameerais.naja.jr , semoga kalian mendoakan anak kami membesar sihat, menjadi anak yang soleh, bijak pandai dan sentiasa dibawah lindungaNya. Amin, Amin Yarabbalamin. 🤲🏻 👶🏻🍼♥️😍😍😍😍😍 #NoahEusoff

#AmeeraisNajaJunior

Rata-rata netizen teruja melihat wajah bayi yang dikongsikan dan mengucapkan tahniah buat pasangan ini.
Sekadar imbasan, Ameer diijabkabulkan dengan pasangannya, Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar pada 1 Mac tahun lalu di Kuala Lumpur.-Sumber

Shares