Roti Susu

PU Amin Harap Menteri Agama Dapat Selesaikan Isu Jantina Sajat PU Amin Harap Menteri Agama Dapat Selesaikan Isu Jantina Sajat
Rata-rata rakyat dan para selebriti meluahkan rasa syukur di atas perlantikan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri sebagai Menteri Jabatan... PU Amin Harap Menteri Agama Dapat Selesaikan Isu Jantina Sajat

Rata-rata rakyat dan para selebriti meluahkan rasa syukur di atas perlantikan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri sebagai Menteri Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Agama).

Tidak terkecuali, Pencetus Ummah (PU) Amin yang turut berharap agar Dr Zulkifli dapat menyelesaikan kemelut isu jantina usahawan kosmetik, Nur Sajat agar tidak membiarkannya terus berani mempersendakan agama Islam.

Perkongsian PU Amin itu turut mendapat sokongan daripada netizen yang turut menantikan tindakan diambil terhadap Sajat kerana ada maruah agama yang belum diselesaikan lagi susulan kontroversi ditimbulkan oleh usahawan itu.

Bulan lalu, kecoh mengenai Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang berpakaian seperti wanita ketika menunaikan umrah di Mekah.

Dalam satu kenyataan, Dr Zulkifli mendakwa status jantina Sajat sudah disahkan sebagai seorang lelaki apabila beliau sendiri bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengetahui tentang status jantina usahawan tersebut. – Rotikaya.com

Shares