Roti Susu

Potong Rambut Sendiri, Stail Zizan Razak Bikin Ramai Geli Hati Potong Rambut Sendiri, Stail Zizan Razak Bikin Ramai Geli Hati
Potong Rambut Sendiri, Stail Zizan Razak Bikin Ramai Geli Hati. Semenjak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebanyakan premis yang menawarkan sevis perkhidmatan tidak dibenarkan... Potong Rambut Sendiri, Stail Zizan Razak Bikin Ramai Geli Hati

Potong Rambut Sendiri, Stail Zizan Razak Bikin Ramai Geli Hati. Semenjak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebanyakan premis yang menawarkan sevis perkhidmatan tidak dibenarkan beroperasi termasuklah servis gunting rambut.

Lantaran itu, pelakon dan pelawak, Zizan Razak telah mengambil inisiatif untuk memotong rambutnya sendiri lalu, memuat naik gambar stail terbarunya itu di Instagram.

Jelas Zizan, dia memotong rambutnya itu disebabkan terlalu bosan kerana tiada perkara yang ingin dilakukannya.“Bila takde kerja potong sendiri rambut. So ini result dia.

“Ala ala the rock zaman muda. Ada yang kata budak skin head,” katanya.Menurut Zizan lagi, dia ingin wanita di luar sana tahu bahawa dia juga memiliki bakat terpendam sebagai tukang gunting rambut.

“Itu tak kesahlah janji wanita-wanita diluar sana tahu yang abang zan ade bakat gunting rambut so senanglah untuk anak kita nanti tak perlu pegi barber,” jelasnya lagi.

Posting lucu tersebut telah meraih hampir 200,000 tanda suka dan turut dihujani ribuan komen.Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian Zizan tersebut termasuklah rakan artis, Tomok dan Joe Flizzow.

Semalam, kerajaan telah mengumum beberapa sektor tambahan dibenarkan beroperasi sepanjang fasa ke-3 PKP termasuklah kedai cermin mata, kedai peralatan elektrik & elektronik dan servis potong rambut. Sumber: Instagram Zizan Razak / MH

Shares