Roti Susu

Polis dedah jantina Lucinta Luna, dilema nak letak di lokap lelaki atau wanita Polis dedah jantina Lucinta Luna, dilema nak letak di lokap lelaki atau wanita
Semalam, selebriti transgender Lucinta Luna ditahan polis selepas dipercayai terbabit dengan penyalahgunaan dadah jenis ecstacy. Kes tersebut menyebabkan polis Indonesia dilema bagi menempatkan penyanyi... Polis dedah jantina Lucinta Luna, dilema nak letak di lokap lelaki atau wanita

Semalam, selebriti transgender Lucinta Luna ditahan polis selepas dipercayai terbabit dengan penyalahgunaan dadah jenis ecstacy.

Kes tersebut menyebabkan polis Indonesia dilema bagi menempatkan penyanyi berusia 30 tahun itu sama ada di lokap lelaki ataupun wanita.

Lebih menjadi perhatian apabila terdapat perbezaan jantina antara dokumen pengenalan diri dan pasport milik Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah itu.

  • “Di kad pengenalan dia perempuan, di pasport dia lelaki. Namanya MF (Muhammad Fatah),” kata Ketua Bahagian Perhubungan Polis Daerah Metro Jaya, Yusri Yunus.

Selain Lucinta Luna, tiga lagi rakannya turut ditahan termasuk teman ‘lelaki’ bernama Abash di kediamannya di Thamrin City, Jakarta Pusat.

Terdahulu, dia pernah menghasilkan lagu bersama jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat menerusi lagu berjudul Bobo Di Mana.

Sumber : ohmymedia.cc

Shares