Roti Susu

Pokok ‘Snake Plant’, Inilah 5 Fakta Yang Perlu Anda Tahu Pokok ‘Snake Plant’, Inilah 5 Fakta Yang Perlu Anda Tahu
5 Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Pokok Snake Plant. Apabila menyentuh mengenai hiasan dalaman rumah, pastinya ramai wanita suka hal ini lantaran ia... Pokok ‘Snake Plant’, Inilah 5 Fakta Yang Perlu Anda Tahu

5 Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Pokok Snake Plant. Apabila menyentuh mengenai hiasan dalaman rumah, pastinya ramai wanita suka hal ini lantaran ia menjanjikan mood yang selesa dan ceria. Siapa yang tak nak rumah cantikkan.

Namun, paling merisaukan apabila kena teliti dalam memastikan tiada habuk yang terperangkap sebalik hiasan yang disusun atur dengan kemas. Jika dibiarkan tentu boleh menyebabkan pengudaraan rumah tidak segar.

Bagaimana pun, baru-baru ni tular mengenai pokok ‘‘Snake Plant’ yang diiktiraf NASA sebagai pokok yang mampu mengurangkan habuk di dalam rumah. Tentu ia membantu mengurangkan masalah kaum wanita ketika mengemas rumah.

Tular perkongsian wanita ini tentang kelebihan Pokok ‘Snake Plate’. Lepas ni boleh lah tanam pokok ini. Menarik! Ikuti Perkongsian Ini.

Pokok Snake Plant

5 Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Pokok Snake Plant

1. Antara pokok hidup paling POPULAR yang diiktiraf oleh NASA bukan hanya kerana senang dijaga namun kebaikan yang diberi kepada manusia.

2. Snake plant bukan hanya membebaskan OKSIGEN tetapi mampu menyingkirkan karbon dioksida serta menapis TOKSIN beracun dalam udara seperti formaldehyde, benzene dan trichlorethylene.

3. Yang paling BEST, semenjak ada snake plant atas rak, habuk semakin berkurang. Kalau tidak setiap hari perlu kena lap habuk.

4. Snake plant sering disebut ‘Hard To Kill’. Sesuai sangat bagi mereka yang baru berjinak buat dekorasi rumah dengan pokok hidup. Yang rasa ‘tangan panas’ pun boleh cuba tanam.

5. Snake plant sangat senang hidup walaupun tidak ada akar, potong bahagaian bawah daun menyerong. Mudah tumbuh bila tanam dalam pasu.

6. Bagi anda yang ada masalah susah tidur, letak sepokok snake plant dekat katil, ia mampu memberikan oksigen dan menyerap segala toksin beracun dalam bilik.

Semoga bermanfaat. Sumber: keluarga.my / Fidz

Shares