Roti Susu

Pokok Layu Akibat Terlupa Siram Atau Terlalu Panas, Jangan Terus Curah Air, Ikuti Tips Ini Pokok Layu Akibat Terlupa Siram Atau Terlalu Panas, Jangan Terus Curah Air, Ikuti Tips Ini
Bagi yang suka bercucuk tanam melihat pokok layu macam dah nak mati memang buat hati luluh kecewa. Apatah lagi jika selama ini berharap sangat... Pokok Layu Akibat Terlupa Siram Atau Terlalu Panas, Jangan Terus Curah Air, Ikuti Tips Ini

Bagi yang suka bercucuk tanam melihat pokok layu macam dah nak mati memang buat hati luluh kecewa. Apatah lagi jika selama ini berharap sangat lihat pokok membesar dan berhasil.

Lagi frust kalau ia kerana kita terlupa siram, atau gara gara cuaca panas. Kalau berlaku kejadian begini sama ada pada pokok bunga atau sayur, jangan panik. Cepat cepat buat langkah seperti yang dikongsi oleh Mohd Azrin Roselan .

Tip Pulih Pokok Yang Layu

Hati mana tak remuk dan luluh hati bila lihat pokok yang kita sayang macam dah nak mati. Gara-gara cuaca panas atau terlupa siram pokok.

Jangan panik. Tarik nafas dalam-dalam untuk bertenang. Ini cara saya nak pulih pokok yang layu.

1. Jangan terus curah atau siram air pada pokok nanti pokok akan lecur dan tidak dapat diselamatkan.

2. Ambil besen air. Letak pokok yang layu dalam besen. Isi air dalam besen sehingga paras pasu.

3. Kemudian biarkan dalam sejam lebih, bergantung pada keadaan pokok. Biarkan akar pokok menyerap air untuk pulih sendiri.

4.Hasilnya, pokok Insya- Allah akan segar semula.

Sumber: Mohd Azrin Roselan / Vanilakismiss

Shares