Roti Susu

PKPB kembali dilaksana di Selangor, KL dan Putrajaya bermula Rabu PKPB kembali dilaksana di Selangor, KL dan Putrajaya bermula Rabu
PENULARAN Covid-19 yang kembali memuncak memaksa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dilaksanakan bermula 12.01 malam, Rabu.... PKPB kembali dilaksana di Selangor, KL dan Putrajaya bermula Rabu

PENULARAN Covid-19 yang kembali memuncak memaksa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dilaksanakan bermula 12.01 malam, Rabu.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, penguatkuasaan itu akan berlanjutan sehingga 27 Oktober 2020.

Berikut antara aktiviti yang dilarang sepanjang tempoh itu:

1) Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

2) Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

3) Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.

4) Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup.

5) Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.

6) Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.

Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Senarai garis panduan lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Ismail turut mengumumkan PKPB akan dilaksana di seluruh Sabah berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini sehingga 26 Oktober.

Selain itu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pula dilaksana di Felda Umas, Tawau yang akan berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam ini 26 Oktober 2020.

Laporan : Mstar

Shares