Roti Susu

PKP Masuk Fasa Ke-3, Tambah 2 Minggu Lagi Hingga 28 April PKP Masuk Fasa Ke-3, Tambah 2 Minggu Lagi Hingga 28 April
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula 15 April sehingga 28 April 2020.... PKP Masuk Fasa Ke-3, Tambah 2 Minggu Lagi Hingga 28 April

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula 15 April sehingga 28 April 2020. Muhyiddin membuat pengumuman fasa ketiga itu menerusi perutusan khas yang disiarkan pada Jumaat petang.

“Berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pakar perubatan, saya mengumumkan PKP dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula 15 April sehingga 28 April 2020,” katanya.

Tambah Muhyiddin, lanjutan tempoh ini memberi ruang kepada petugas-petugas kesihatan memerangi penularan Covid-19, selain mengelakkan penularan semula wabak itu dalam masyarakat.

PKP dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula 15 April sehingga 28 April 2020.Malah, ia juga selaras dengan pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan dalam jangka masa terlalu awal.

“PKP yang dilaksanakan dalam tempoh hampir sebulan yang lalu telah sedikit sebanyak mengurangkan kebolehjangkitan dan penularan Covid-19.

“Dengan usaha-usaha yang telah dibuat, kes-kes positif adalah terkawal pada kadar tujuh peratus iaitu di bawah benchmark 10 peratus yang ditetapkan oleh WHO.

“Kadar kematian akibat wabak ini juga rendah, iaitu 1.6 peratus berbanding 5.8 peratus kadar kematian di peringkat dunia.”Setakat ini seramai 1,830 orang pesakit telah keluar dari hospital. Ini bermakna 43 peratus pesakit Covid-19 telah pulih,” ujarnya.

Untuk rekod, fasa pertama bermula pada 18 sehingga 31 Mac lalu sebelum fasa kedua disambung bermula 1 April dan tamat pada 14 April ini. – Mstar

Shares