Roti Susu

Selepas MBSA Robohkan Khemah , Akhirnya Pihak Jakel Tampil Bersuara Selepas MBSA Robohkan Khemah , Akhirnya Pihak Jakel Tampil Bersuara
Selepas MBSA Robohkan Khemah , Akhirnya Pihak Jakel Tampil Bersuara . Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam sentiasa sesak dengan kenderaan dan ramai orang... Selepas MBSA Robohkan Khemah , Akhirnya Pihak Jakel Tampil Bersuara

Selepas MBSA Robohkan Khemah , Akhirnya Pihak Jakel Tampil Bersuara . Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam sentiasa sesak dengan kenderaan dan ramai orang terutama sekali ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba.

Jakel merupakan antara kedai yang menjadi pilihan orang ramai untuk membeli-belah kelengkapan Hari Raya Aidilfitri.

Baru-baru ini, Jakel terpalit dengan kontroversi apabila anak pemilik perniagaan Jakel didakwa menghina orang Melayu dan rata-rata pelanggan ingin memboikot perniagaan tersebut.

Terbaharu, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memuat naik beberapa keping gambar merobohkan khemah milik Jakel yang terletak di Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam itu sebentar tadi.

Sekitar operasi perob0han struktur khemah tanpa kebenaran milik syarikat Jakel di Seksyen 7 telah diadakan pada hari ini. Operasi dilakukan oleh kakitangan pelbagai Jabatan MBSA.

Dalam operasi itu juga, MBSA telah mendapati struktur tanpa kebenaran menggunapakai bekalan elektrik daripada Pencawang Elektrik TNB berdekatan tanpa kebenaran daripada pihak TNB. Perkara ini boleh mengvndang bah4ya!

Menurut Majlis Bandaraya Shah Alam, khemah tersebut telah didirikan tanpa kebenaran dan operasi merobohkan struktur khemah tersebut telah dilakukan oleh kakitangan MBSA.

Difahamkan, khemah tersebut didapati menggunakan bekalan elektrik daripada Pencawang Elektrik TNB berdekatan tanpa kebenaran daripada pihak TNB dan perkara ini boleh mengvndang bah4ya.

Jakel nafi curi bekalan elektrik :

Jakel menafikan menggunakan bekalan elektrik daripada pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) tanpa kebenaran pihak utiliti berkenaan di khemah di Seksyen 7 di sini.

Pengarah Jakel Shah Alam, Mohamed Izani Mohamed Jakel berkata, pihaknya mempunyai meter yang sah dan menafikan dakwaan berlaku kecuriian elektrik.

“Pihak Jakel Shah Alam mempunyai meter yang sah dan kita bayar bil kepada pihak TNB setiap bulan tanpa gagal, saya percaya berlaku salah faham berkaitan perkara ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Khemah Bukan Milik Pihak Jakel :

Berhubung khemah didirikan yang didakwa tidak mempunyai kebenaran pihak berkuasa, Mohamed Izani menjelaskan khemah itu bukan milik pihaknya.

“Khemah tersebut milik sebuah syarikat yang berpangkalan di Johor Bharu, permit untuk menyambung tak dapat ditambah pula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi pihak kontraktor tak sempat untuk runtuhkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang mendakwa struktur elektrik tanpa kebenaran di lokasi itu menggunapakai pencawang elektrik TNB tanpa kebenaran agensi tersebut.

Pengarah Akaun Jakel, Mohd Redza Hamdan menunjukkan bil elektrik yg mengesahkan Jakel mendapat bekalan letrik secara sah dan bukan seperti yg dinyatakan dalam FB MBSA
Bagaimanapun kenyataan yang dimuat naik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Facebook rasminya diubahsuai beberapa jam kemudian.

Dalam pada itu Jakel turut menafikan struktur elektrik dibina tidak mengikut spesifikasi dan boleh mengvndang bah4ya.

Katanya, struktur elektrik berkenaan dibuat mengikut spesifikasi dibenarkan.“Struktur berkenaan dibina ikut spesifikasi dan dibenarkan beroperasi oleh TNB,” katanya.

Terdahulu, MBSA menjalankan operasi perobohan struktur khemah tanpa kebenaran milik syarikat Jakel di Seksyen 7 hari ini.

Menurutnya kenyataan daripada MBSA, operasi tersebut dilakukan oleh kakitangan pelbagai Jabatan MBSA. “MBSA telah mendapati struktur elektrik dibina tidak mengikut spesifikasi dan boleh mengundang bahaya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih [ sumber ]

Shares