Roti Susu

Perompak pulangkan semula budak tadika & kereta yang dicuri dalam kedaan selamat Perompak pulangkan semula budak tadika & kereta yang dicuri dalam kedaan selamat
Pagi ini seorang kanak-kanak berusia enam tahun menempuh detik cemas dalam hidupnya, apabila dia telah dilarikan perompak dengan menaiki sebuah Proton Exora, kira-kira pukul... Perompak pulangkan semula budak tadika & kereta yang dicuri dalam kedaan selamat

Pagi ini seorang kanak-kanak berusia enam tahun menempuh detik cemas dalam hidupnya, apabila dia telah dilarikan perompak dengan menaiki sebuah Proton Exora, kira-kira pukul 7.45 pagi.

Difahamkan, kereta Proton Exora itu milik makcik saudaranya, ketika kejadian dia mahu menghantar kanak-kanak itu ke sekolah, tetapi berhenti seketika di tepi jalan untuk membeli kuih.

  • Berhenti kejap beli kuih

Kanak-kanak itu berada di dalam kereta ketika ibu saudaranya membeli kuih, namun secara tiba-tiba dia didatangi seorang lelaki dan kemudian melarikan kenderaan tersebut.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kakak berhenti untuk membeli kuih namun anak saudara berada dalam kereta. Secara tiba-tiba seorang lelaki datang terus masuk ke dalam kereta dan melarikan anak kenderaan bersama anak saudara saya,” katanya ketika dihubungi…”

  • Menangis peluk ibu

Mujur berjaya diselamatkan, dengan tindakan pantas pihak berkuasa dan bantuan orang awam, mangsa difahamkan telah ditemui. Berdasarkan foto yang dikongsikan, mangsa kelihatan menangis dan masih trauma.

Perompak itu meninggalkan mangsa dalam keadaan selamat bersama kenderaan terbabit, di Kok Lanas dan mangsa kini berada di Balai Polis Kok Lanas. Sumber : Harian Metro

Shares