Roti Susu

Permintaan Terakhir Allahyarham Maya Matahari Sempat Ditunaikan Keluarga ! Permintaan Terakhir Allahyarham Maya Matahari Sempat Ditunaikan Keluarga !
KLUANG: Permintaan terakhir Allahyarham Maya Matahari, 44, supaya ibu dan adik beradik berkumpul di rumahnya kerana terlalu rindu sempat ditunaikan keluarga, minggu lalu. Abang... Permintaan Terakhir Allahyarham Maya Matahari Sempat Ditunaikan Keluarga !

KLUANG: Permintaan terakhir Allahyarham Maya Matahari, 44, supaya ibu dan adik beradik berkumpul di rumahnya kerana terlalu rindu sempat ditunaikan keluarga, minggu lalu.

Abang sulungnya, Haris Faizal Ruslee, 49, berkata arwah yang juga anak keempat daripada lapan adik beradik menghubungi mereka dan mahu berjumpa, minggu lalu.

“Kami dapat menunaikan hasrat arwah mahu bertemu, tetapi tidak menyangka ia menjadi permintaan terakhir, sebelum meninggalkan kami buat selama-lamanya.

“Arwah sudah mula uzur sejak November, tahun lalu. Namun, dia tidak mahu orang luar mengetahuinya kecuali adik beradik dan rakan baik,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian arwah Maya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Setia Jaya, Machap, di sini, petang ini.

Sebelum itu, jenazah penyanyi lagu Matahari itu dimandi dan dikafankan di Masjid Tun Abdul Aziz (Masjid Bulat), Petaling Jaya, pagi tadi, sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Machap. Allahyarham dikebumikan pada jam 3.35 petang dengan dihadiri keluarga dan rakan baik.

Haris berkata, dia diberitahu arwah makan dengan berselera bersama ibu dan adik beradik yang berkunjung ke rumahnya di Petaling Jaya, namun secara tiba-tiba muntah hingga sesak nafas.

“Arwah muntah dan kemudiannya, sesak nafas. Arwah menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital swasta di Sungai Buloh.

“Dia, seorang yang bersemangat tinggi hingga sanggup ke China kerana mahu mengubati penyakit yang dideritai sejak beberapa tahun lalu.

“Saya berterima kasih kepada semua yang tidak putus mendoakan kesihatan arwah dan membantu urusan jenazah, sejak awal hingga pengebumian, petang ini,” katanya kepada BH Online.

Maya atau nama sebenarnya, Myanaliza Ruslee menghidap penyakit kanser sarcoma tahap empat menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke sebuah hospital swasta di Sungai Buloh, kira-kira jam 4 petang, semalam. Arwah yang baru sebulan kembali selepas mendapat rawatan di sebuah hospital di China merahsiakan penyakit yang dideritai, sejak beberapa tahun lalu. – BH

Shares