Roti Susu

Percutian terakhir dengan isteri, Ashraf Sinclair sempat ziarah adik di AS Percutian terakhir dengan isteri, Ashraf Sinclair sempat ziarah adik di AS
Kunjungan Ashraf Sinclair dan isteri tercinta, Bunga Citra Lestari ke Amerika Syarikat merupakan percutian bersama terakhir pelakon terkenal Malaysia yang popular di Indonesia, sebelum... Percutian terakhir dengan isteri, Ashraf Sinclair sempat ziarah adik di AS

Kunjungan Ashraf Sinclair dan isteri tercinta, Bunga Citra Lestari ke Amerika Syarikat merupakan percutian bersama terakhir pelakon terkenal Malaysia yang popular di Indonesia, sebelum aktor tersebut meninggal dunia.

Berusia 40 tahun, Ashraf disahkan meninggal dunia kira-kira 4.15 pagi di Jakarta.Ashraf dan Bunga Citra Lestari dilaporkan berkunjung ke negara Uncle Sam itu kira-kira beberapa minggu lepas apabila gambar yang dimuat naik menunjukkan lokasi tersebut. Mereka juga saling memuat naik gambar bersama di Amerika Syarikat.

Disamping itu, Ashraf turut sempat bertemu dengan adiknya yang juga suami kepada Yuna, Adam Yousof yang menetap disana.

Mereka juga sempat bergambar bersama bagi melepaskan kerinduan. Namun, berita yang diterima pagi tadi benar-benar mengejutkan kerana Ashraf dilaporkan sihat sebelum diserang serangan jantung sehingga meninggal dunia.

 

View this post on Instagram

 

You and I #bungacitralestari #ashrafsinclair #newyork

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on

Isterinya pula baru sahaja selesai menjadi juri dalam pertandingan nyanyian Indonesia Idol yang bakal melabuhkan tirai malam nanti.

 

View this post on Instagram

 

Should I…? #centralpark

A post shared by Ashraf Sinclair Official (@ashrafsinclair) on

Sehubungan dengan itu, Instagram mereka berdua telah dihujani dengan ucapan takziah daripada peminat dan juga rakan artis yang nyata terkejut dengan berita sedih ini.

 

View this post on Instagram

 

Sistahood @yuna #bungacitralestari #newyork

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on

Shares