Roti Susu

Penyanyi To’ki akhirnya pindah rumah baharu, tak perlu bayar sewa setahun Penyanyi To’ki akhirnya pindah rumah baharu, tak perlu bayar sewa setahun
SYUKUR tak terhingga! Itu luahan yang diungkap berkali-kali Penyanyi To’ki setelah menerima kunci rumah sewa baharu pada petang Jumaat. To’ki atau Mohd Zaki Mansur,... Penyanyi To’ki akhirnya pindah rumah baharu, tak perlu bayar sewa setahun

SYUKUR tak terhingga! Itu luahan yang diungkap berkali-kali Penyanyi To’ki setelah menerima kunci rumah sewa baharu pada petang Jumaat.

To’ki atau Mohd Zaki Mansur, 53, berkata, dia tidak menyangka kisah hidupnya mendapat perhatian banyak pihak sehingga menerima bantuan rumah daripada pihak Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

“Tak pernah saya jangka akan dapat perhatian sebegini rupa, sampai macam ni orang ramai ambil berat terhadap diri dan keluarga.

“Terima kasih kerana beri sokongan agar saya dapat hidup dengan baik dan terus berkarya. Insyallah pengisian dalam karya-karya saya selepas ini akan meletakkan Allah sebagai perkara pertama, ” kata To’ki kepada mStar.

Kunci rumah sewa baharu Penyanyi To’ki diserahkan pada petang Jumaat.Penyanyi yang terkenal dengan lagu Biasan ini menerima sebuah rumah flat tiga bilik tidur di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPZ-MAIWP, Ustaz Ahmad Shukri Yusoff yang hadir bagi majlis penyerahan kunci kediaman tersebut memberitahu To’ki tidak perlu bimbang tentang bayaran sewa bulanan kerana ia akan ditanggung selama setahun.

“Alhamdulillah akhirnya To’ki dapat tinggal di kediaman yang lebih selesa, kami juga lengkapkan rumah ini dengan perabot-perabot asas.

“Buat masa ini dia (To’ki) tidak perlu risau tentang sewa bulanan di mana ia akan ditanggung pihak kami untuk tempoh sehingga satu tahun. Kemudian ia akan dibincangankan kembali mengikut keperluan.

“Apa yang penting To’ki dapat terus berkarya demi kelangsungan hidupnya bersama isteri, ” ujarnya.

Baru-baru ini kisah kehidupan To’ki heboh diperkatakan ramai selepas tular foto pondok usang yang didiaminya bersama isteri di pinggir hutan di Batu 12, Gombak, Selangor. – Mstar

Shares