Roti Susu

Dua Bulan Berkahwin, Penyanyi Tegar Umum Sesuatu Buat Ramai Peminat Teruja Dua Bulan Berkahwin, Penyanyi Tegar Umum Sesuatu Buat Ramai Peminat Teruja
Setelah hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dengan Sarah Sheika, penyanyi remaja Indonesia Tegar Septian mengumumkan dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi. Tegar... Dua Bulan Berkahwin, Penyanyi Tegar Umum Sesuatu Buat Ramai Peminat Teruja

Setelah hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dengan Sarah Sheika, penyanyi remaja Indonesia Tegar Septian mengumumkan dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Tegar berkata dia gembira apabila mengetahui mengenai kehamilan isteri itu dan berasakan Ramadan tahun ini cukup bermakna buat mereka sekeluarga.

“Alhamdulillah tahun ini diberi rezeki dan kepercayaan sama Allah. Di bulan Ramadan tahun ini Tegar ditemani isteri.

Setelah hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dengan Sarah Sheika, penyanyi remaja Indonesia Tegar Septian mengumumkan dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Tegar berkata dia gembira apabila mengetahui mengenai kehamilan isteri itu dan berasakan Ramadan tahun ini cukup bermakna buat mereka sekeluarga.

“Alhamdulillah tahun ini diberi rezeki dan kepercayaan sama Allah. Di bulan Ramadan tahun ini Tegar ditemani isteri. Bersama kapsyen tersebut dia turut berkongsi foto alat ujian kehamilan.

Sementara itu, ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada pengikut yang turut teruja dengan khabar gembira itu.

Menjawab salah satu komen peminat, Tegar berkata dia mengimpikan untuk memiliki anak sulung lelaki.

“Nak lelaki,” jawab Tegar. Tegar yang baru berusia 19 tahun mendirikan rumah tangga dengan Sarah Sheilka di sebuah lokasi di Jakarta, Indonesia pada 20 Mac lalu.

Tegar

Tegar mula mencipta nama pada usia 11 tahun bermula daripada menjadi penyanyi jalanan. Remaja itu kemudian berjaya mengubah nasib keluarganya yang hidup dalam keadaan kurang berkemampuan.

Namun, kehidupannya kembali miskin selepas dilaporkan menjadi mangsa penipuan pihak tertentu. – Mstar

Shares