Roti Susu

Penjaga kubur dedah dua beranak merayu nak ziarah pusara Abam Bocey ‘macam tak ada esok’ Penjaga kubur dedah dua beranak merayu nak ziarah pusara Abam Bocey ‘macam tak ada esok’
PEMERGIAN pelakon dan pelawak, Abam (Bocey) atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada Isnin memberi kesan mendalam kepada banyak pihak. Bayangkan,... Penjaga kubur dedah dua beranak merayu nak ziarah pusara Abam Bocey ‘macam tak ada esok’

PEMERGIAN pelakon dan pelawak, Abam (Bocey) atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada Isnin memberi kesan mendalam kepada banyak pihak.

Bayangkan, kira-kira 2,000 tetamu hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu di Gombak, Selangor, kira-kira pukul 7.30 malam Isnin.

Penjaga tanah perkuburan itu, Pak Yusop turut berkongsi pengalamannya apabila didatangi seorang wanita dan seorang anak perempuannya yang mahu menziarahi kubur Abam pada malam yang sama.

Bercakap kepada mStar, Pak Yusop atau nama sebenarnya Khairudin memberitahu, ketika itu orang terakhir yang datang selepas bacaan talkin bagi pengebumian Abam telah pun beredar.

“Masa tu dah tak ada sesiapa di kubur, hanya saya seorang. Masa saya nak tutup lampu tandas yang berdekatan dengan pintu pagar, ada dua beranak cuba nak masuk.

“Wanita berusia lewat 40-an tu datang dengan menaiki motosikal minta izin nak masuk bersama anaknya yang berumur awal 20-an untuk ziarah kubur arwah Abam.

“Masa tu sekitar pukul 8 malam, sebelum masuk waktu Isyak. Saya kata nak tutup pintu pagar, lampu khemah kubur Abam pun dah tutup… saya minta dia datang semula esok,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, video mengenai pertemuan pendakwah bebas, Mohamed Hanafiah Abdul Malek atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hanafi bersama Pak Yusop dimuatnaik di laman Instagram Ustaz Hanafi.

Pak Yusop yang menjaga dan turut menjadi penggali di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu sejak lebih setahun lalu berkata, wanita tersebut bagaimanapun enggan beredar, sebaliknya merayu untuk diberikan keizinan untuk menziarahi kubur Abam.

“Wanita tu kata ‘tolonglah pakcik, tolong beri saya dan anak masuk ziarah’. Cara dia cakap seperti tak ada hari esok untuk dia datang ziarah.

“Saya beri mereka masuk dan teman mereka di kubur Abam. Mereka ada baca surah Al-Fatihah, wanita itu memang menangis dan anaknya cuba menahan sebak,” ujar Pak Yusop yang mula terlibat sebagai penjaga dan penggali kubur sejak lima tahun lalu.

Dalam keadaan cahaya yang samar-samar dari lampu di tengah kawasan perkuburan, katanya, mereka berada di kubur Abam selama kira-kira 20 minit.

Sebelum ke kubur Abam, Pak Yusof ada bertanyakan kepada wanita itu sama ada dia merupakan salah seorang waris atau keluarga kepada selebriti itu.

“Dia kata bukan waris, tapi arwah pernah membantu untuk menampung perbelanjaan sekolah anaknya. Ya Allah, saya masa tu benar-benar terperanjat, sebab arwah Abam mahu membantu biarpun tanpa ada pertalian keluarga.

“Sepanjang waktu itu, saya hanya diam sebab nampak dia sedih dan tidak mahu buat dia bertambah rungsing. Saya tak tahu siapa dia, berapa ramai anak dia dan dari mana dia dan anak perempuannya datang.

“Saya pun turut sama sebak tapi saya lega sebab dapat tunaikan permintaan wanita itu untuk ziarah kubur, sekurang-kurangnya sampai jiwa dia untuk datang mendoakan arwah Abam. Dia cuma cakap terima kasih banyak-banyak,” ujar Pak Yusop yang kini merupakan pemastautin tetap dan arwah isterinya merupakan rakyat Malaysia.

Walaupun tidak mengenali secara dekat, Pak Yusop yang juga bapa kepada empat anak itu menyifatkan arwah Abam merupakan seorang yang amat disenangi.

“Saya kenal-kenal dia macam tu saja, pernah jumpa di kedai makan dan kenduri-kenduri di Gombak. Siapa tak kenal dia sebagai pelawak, semua orang kenal.

“Dia seorang yang begitu menyenangkan selain menghormati orang. Sepanjang saya jaga kubur di sini, memang pecah rekod masa pengebumian dia sebab ramai orang datang.

“Paling ramai yang datang setakat ini, masa Hari Raya kalau dikumpul semua yang datang nak ziarah kubur pun tak seramai ini. Penduduk kampung pun cakap macam tu.

“Masa pengebumian arwah pun amat tenang, bagi saya aura dia lain macam. Dari semasa hayat dia hingga meninggal dunia, arwah Abam amat disenangi,” katanya. – Mstar

Shares