Roti Susu

Covid-19: Dua beradik sebak tonton pengebumian ibu menerusi Face Time Covid-19: Dua beradik sebak tonton pengebumian ibu menerusi Face Time
DUA beradik gagal menahan sebak apabila terpaksa ‘menghadiri’ pengebumian ibu mereka yang maut akibat Covid-19 menerusi Face Time. Tracy Dilka dan adiknya Teresa memeluk... Covid-19: Dua beradik sebak tonton pengebumian ibu menerusi Face Time

DUA beradik gagal menahan sebak apabila terpaksa ‘menghadiri’ pengebumian ibu mereka yang maut akibat Covid-19 menerusi Face Time.

Tracy Dilka dan adiknya Teresa memeluk antara satu sama lain dan menangis ketika menyaksikan upacara pengebumian ibu mereka, Marty Evans, 85, menerusi perkhidmatan panggilan video itu.

“Ia amat menyakitkan. Kami tidak boleh mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir kepadanya,” kata Tracy. Tracy tinggal di Weld County, dekat Greely, Colorado manakala ibunya pula menetap di Yuma County.

Sekatan perjalanan dan hanya beberapa individu dibenarkan untuk hadir pengebumian tersebut memaksa Tracy dan Teresa menonton proses tersebut melalui Face Time. Marty dijangkiti virus itu pada akhir Mac lalu dan keadaannya semakin merosot beberapa hari lalu.

Face Time

Manakala seorang ibu kepada lima orang anak yang juga ahli majlis disegani meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19 semasa lawatan ke Pakistan.

Shabnum Sadiq yang berkhidmat di Majlis Slough Borough, England menghembuskan nafas terakhirnya pada 6 April lalu selepas bergelut dengan komplikasi jangkitan berbahaya itu.

Dia meninggalkan suami dan lima anak termasuk kembar empatnya yang kini berusia 13 tahun. Ketua Majlis James Swindlehurst berkata:”Berita ini amat mengejutkan kita semua dan doa kami untuk keluarga dan rakannya.”

“Shabnum merupakan ahli majlis yang berdedikasi walaupun hanya berkhidmat pada tahun pertamanya. Dia juga melakukan banyak sumbangan kepada majlis ini.

“Kami bekerjasama rapat dan secara peribadi saya amat merinduinya. Ini adalah kehilangan besar untuk kami begitu juga keluarga dan rakan-rakannya.

“Semoga dia bersemadi dengan tenang dan keluarganya bersabar atas pemergian wanita hebat ini,” kata Swindlehurst. – Metro.co.uk

Shares