Roti Susu

Tiada Elektrik, Tadah Air Perigi, Buang Air Besar Pula Di Semak – Ebit Lew Tiada Elektrik, Tadah Air Perigi, Buang Air Besar Pula Di Semak – Ebit Lew
Tiada Elektrik, Tadah Air Perigi, Buang Air Besar Pula Di Semak…Pendedahan Ustaz Ebit Lew Ini Buat Ramai Sebak! Tinggal jauh di pedalaman tanpa sebarang... Tiada Elektrik, Tadah Air Perigi, Buang Air Besar Pula Di Semak – Ebit Lew

Tiada Elektrik, Tadah Air Perigi, Buang Air Besar Pula Di Semak…Pendedahan Ustaz Ebit Lew Ini Buat Ramai Sebak!

Tinggal jauh di pedalaman tanpa sebarang kemudahan sumber air dan api selama tiga tahun, itu yang terpaksa dihadapi oleh sebuah keluarga di Kampung Sri Damai Kuantan.

Kisah penderitaan dialami keluarga berkenaan didedahkan menerusi video di YouTube rasmi milik Ustaz Ebit Lew.

Menurut Ebit, dia tidak dapat menahan sebak melihat kepayahan terpaksa ditanggung seorang ibu dan tiga anaknya.

“Buang air besar di semak, tadah air perigi. “Biasa saya tahan air mata depan mereka. Hari ini saya biarkan je menangis depan kakak dan anak ini.

“Anak semua tak sekolah, kad pengenalan semua ada. Tangga nak naik rumah patah, tandas tak ada.

“Betul-betul luka hati saya hari ini,” katanya.Menurutnya, dalam masa empat jam dia berjaya menyelesaikan masalah keluarga tersebut untuk pindah ke rumah baru.

“Selesai pindah rumah. Tak sangka macam mimpi lagi. “Saya bayarkan sewa sebulan rm600. Saya bayar dengan deposit rm2700.

Doakan saya terus dapat bayar insyaAllah,” katanya.

Anda boleh lihat video penuh di bawah :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Gempak.com

Shares