Roti Susu

Pemilik Kedai Kata Tak Kenal Siapa Founder EEIN, Sekali Netizen Tunjuk Bukti ! Pemilik Kedai Kata Tak Kenal Siapa Founder EEIN, Sekali Netizen Tunjuk Bukti !
PANAS! Media sosial kembali hangat dengan penularan video seorang usahawan yang didakwa disimbah air sirap ketika membuat reviu produk di sebuah restoran. Menerusi sebuah... Pemilik Kedai Kata Tak Kenal Siapa Founder EEIN, Sekali Netizen Tunjuk Bukti !

PANAS! Media sosial kembali hangat dengan penularan video seorang usahawan yang didakwa disimbah air sirap ketika membuat reviu produk di sebuah restoran.

Menerusi sebuah video penstriman secara langsung di Facebook (FB Live), seorang usahawan lelaki lantang sedang asyik mempromosikan produk suplemen sambil menikmati makanan.

Turut kedengaran suara seorang lelaki dipercayai pelanggan lain di restoran tersebut beberapa kali menegur usahawan tersebut supaya menghormati pelanggan yang sedang makan.

Drama simbahan air sirap seperti cat merah tercetus sejurus usahawan itu mengeluarkan kata-kata kesat sebelum terjatuh dari kerusi apabila bajunya ditarik oleh pelanggan yang berang itu..

Seorang usahawan yang asyik membuat FB Live disimbah dengan air sirap oleh seorang pelanggan lain, di sebuah restoran. Sumber Facebook Dato Seri Eein

Adakah Semua Ini Marketing ?

Pada awal sebelum tular video tersebut ramai netizen yang mengatakan apa yang terjadi adalah benar benar berlaku dimana tetapi setelah beberapa lama selepas itu ramai yang menyatakan ini semua adalah teknik marketing.

Netizen mula mengorek semua bukti, adakah apa yang ditonjolkan benar atau tidak? Anda nilaikan.

Pemilik kedai Nasi Daging Sempoi yang bernama Honeysha Husna Hamid berkata, dia membuat rakaman tersebut hanya selepas menyedari kedua-dua pelanggan tersebut berte3ngkar di restorannya.

“Yang buat FB Live tu memang minta izin dengan saya terlebih dahulu. Saya tak ada masalah dia nak buat FB Live, cuma saya mula rakam bila dah nampak ‘bunga-bunga’ perg4duhan.

“Walaupun ada CCTV (kamera litar tertutup), tapi tak ada suara dan saya tak berani nak datang dekat ketika itu. Rakaman ini ada suara jadi kalau ada apa-apa berlaku, berdar4h ke apa, saya ada bahan bukti,” ujar wanita berusia 30 tahun itu.

Rakaman Penjelasan Pemilik Nasi Daging Sempoi Beritahu Tak Mengenali Siapa Founder EEIN

Rata rata netizen memberitahu bahawa pemilik itu sebenarnya mengenali siapa Founder EEIN yang ada gelaran Dato Seri.

Semua ini terbongkar apabila seorang wanita bernama Nurwati Hussin telah memuat naik satu video dimana pemilik Nasi Daging Sempoi dan Founder EEIN pernah berjumpa dahulu.

Video :

Pemilik Kedai memuat naik status di laman Facebook page Nasi Daging Sempoi beliau menegaskan perkara yang terjadi adalah benar dan bukan lakonan untuk marketing.

Menurut beliau perkara tersebut telah diambil keterangan oleh pihak Polis dari cawangan Taman Sri Muda, Shah Alam.

“Salam kepada manusia yg menabur fitnah boleh datang ke kedai sy utk tahu hal sebenar bukan dr video korang nak menabur fitn4h.. dr mstar online n polis dr sri muda sahaja yg kol sy lain main ambk ja. TQ penabur fitn4h naik follower”

Jadi sejauh manakah kebenaran semua ini? Netizen meminta Founder EEIN turut membuat laporan kepada pihak polis tentang dia dikasari.

Adakah betul ini semua marketing semata mata? Susah kita nak tahu tetapi selalunya jika benar ini semua sekadar lakonan kita hanya perlu tunggu dan kebenaran semua akan terbongkar.

Caprice Pun Percaya Ini Semua Sekadar Lakonan .. Jom Tengok Apa Dia Cakap. Lihat siaran ini di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

Syrup 😑

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Syrup 😑

Siaran dikongsi oleh Caprice (@capriceofficial) pada Okt 10, 2020 jam 4:02 PDT

Apa pun kita tunggu .. dan admin harap ini bukan hanya sekadar marketing

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : AwatttSyeikhh Network

Shares