Roti Susu

Pelakon Lelaki & Pengacara Wanita Popular Akan Dipanggil Membantu Siasatan SPRM Pelakon Lelaki & Pengacara Wanita Popular Akan Dipanggil Membantu Siasatan SPRM
Susulan pendedahan SPRM mereka mempunyai senarai nama artis yang terlibat dalam sindiket Macau Scam yang sedang hangat diperkatakan ini, seorang pelakon lelaki dan pengacara... Pelakon Lelaki & Pengacara Wanita Popular Akan Dipanggil Membantu Siasatan SPRM

Susulan pendedahan SPRM mereka mempunyai senarai nama artis yang terlibat dalam sindiket Macau Scam yang sedang hangat diperkatakan ini, seorang pelakon lelaki dan pengacara wanita katanya akan dipanggil pihak tersebut untuk membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan wang haram dan perjudian.

Menurut Harian Metro, pelakon lelaki itu juga pernah terbabit dalam bidang pengacaraan manakala pengacara wanita itu pula pernah berlakon beberapa drama popular. Uish siapa ni??

Mereka ini akan dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM lepas tiada seorang artis pun tampil memberi keterangan secara sukarela.

Tambah sumber lagi, kedua-dua individu ni juga menjalankan perniagaan dan mempunyai lebih 1 juta followers di laman sosial.

SPRM sudah memberi tempoh masa kepada individu terbabit untuk tampil, namun mereka berdua termasuk individu lain yang dipercayai ada kaitan dengan sindiket ini gagal hadir memberi keterangan.

“Susulan itu, SPRM akan memanggil mereka dalam masa terdekat untuk membantu siasatan,” katanya.

Menerusi laporan terdahulu, walaupun masa dan peluang diberikan, artis serta selebriti disyaki terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram Macau Scam enggan tampil membantu siasatan.

Menurut sumber, sebelum ini SPRM juga pernah meminta individu yang pernah terima wang dipercayai berkaitan dengan kegiatan cuci wang oleh sindiket Macau Scam dan judi dalam talian untuk tampil, namun belum ada yang berbuat demikian.

Haih siapa agaknya ye. Tulah masa SPRM suruh tampil bantu siasatan tak nak kan. Sekarang dah jadi macam ni, macam mana?

Sumber – Ohbulan

Shares